Gout Bukan Hanya Untuk Lelaki

Ramai yang ingat gout hanya menyerang lelaki, tapi sebenarnya wanita juga berisiko terutama selepas menopaus. Jom kenali tanda tanda gout perempuan.

 

Sebelum menopaus, hormon estrogen membantu menyingkirkan asid urik berlebihan.

 

Bila tahap hormon ini menurun, risiko gout pada perempuan meningkat.

 

tanda tanda gout perempuan 1

 

Tanda Tanda Gout Perempuan yang Perlu Diperhatikan

 

Sakit Sendi Secara Tiba-Tiba

Biasanya bermula di ibu jari kaki, tapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, lutut, atau siku. Rasa sakitnya tajam dan boleh mengganggu aktiviti harian.

 

Bengkak dan Kemerahan

Sendi kelihatan bengkak, merah, dan panas bila disentuh. Ini tanda keradangan akibat kristal asid urik terkumpul.

 

Baca juga : Buah Yang Pesakit Gout Tak Boleh Makan

 

Pergerakan Sendi Terhad

Rasa kaku atau susah menggerakkan sendi, walaupun selepas bengkak surut.

 

Bonggol Kecil (Tophi)

Untuk kes gout kronik, benjolan kecil boleh terbentuk di sekitar sendi atau bawah kulit.

 

Rasa Panas dan Berdenyut di Kawasan Sendi

Kadang-kadang walaupun tiada pergerakan, rasa panas ini masih ada.

 

tanda tanda gout perempuan 2

 

Punca Gout pada Perempuan

  • Penurunan hormon estrogen selepas menopaus
  • Pengambilan makanan tinggi purin seperti makanan laut, organ dalaman, atau daging merah
  • Obesiti dan gaya hidup sedentari
  • Masalah buah pinggang yang menjejaskan penyingkiran asid urik
  • Faktor genetik (ada sejarah keluarga gout)

 

 

Langkah Pencegahan Awal untuk Wanita

  • Minum air secukupnya – membantu menyingkirkan asid urik
  • Amalkan diet rendah purin – kurangkan daging merah, jeruk, makanan laut
  • Kawal berat badan dengan senaman ringan
  • Pantau paras asid urik melalui pemeriksaan berkala
  • Pilih makanan tinggi antioksidan seperti sayur hijau, buah beri, dan teh herba

 

tanda tanda gout perempuan 3
Gout Education

 

Ya benar, tanda tanda gout perempuan ni

Masyarakat sering terlepas pandang kerana ramai anggap ia “penyakit lelaki”.

 

 

Apabila anda mengenali tanda tanda gout perempuan lebih awal, anda boleh mengambil langkah pencegahan sebelum ia menjadi masalah kronik.

 

 

Ingat: kesedaran awal, rawatan cepat, dan perubahan gaya hidup adalah kunci untuk kekal sihat dan aktif walaupun selepas menopaus.

 

 

Bukan Lelaki Je, Tanda Tanda Gout Perempuan Ni Lain Sikit 1

 

 

Bukan Lelaki Je, Tanda Tanda Gout Perempuan Ni Lain Sikit 2

 

Klik sini sekarang

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top