Khasiat Misai Kucing, Herba Kampung Yang Hebat
Pernah tak dengar orang tua-tua sebut tentang misai kucing? Ya, tumbuhan yang nampak biasa tapi sangat luar biasa ni sebenarnya dah lama jadi rahsia turun-temurun dalam dunia perubatan tradisional.
Nama saintifik Orthosiphon stamineus, misai kucing memang dikenali di kalangan penggemar herba.
Tapi kalau anda baru nak berkenalan dengan tumbuhan ni, artikel ni memang untuk anda. Kita sembang santai-santai je, tapi penuh dengan info penting pasal khasiat misai kucing.

Turunkan Asid Urik untuk Pesakit Gout
Ramai yang tak tahu, salah satu kegunaan utama misai kucing ialah untuk bantu pesakit gout.
Daun misai kucing boleh membantu melancarkan pengeluaran asid urik melalui air kencing.
Bila asid urik keluar dengan lancar, kuranglah risiko dia terkumpul jadi kristal dekat sendi. Jadi, kuranglah sakit, bengkak dan keradangan tu.
Tak hairanlah kenapa banyak produk herba gout guna ekstrak misai kucing sebagai bahan utama.
Baca juga : Gout Pada Wanita
Cuci Buah Pinggang Secara Semula Jadi
Kalau anda jenis kurang minum air atau selalu ada masalah kencing tak lawas, misai kucing boleh bantu.
Ia bersifat diuretik, maksudnya bantu badan buang lebihan air dan toksin melalui air kencing. Ini penting untuk jaga kesihatan buah pinggang.
Ada yang panggil misai kucing ni sebagai “pembersih semula jadi” untuk sistem urinari.

Stabilkan Tekanan Darah Tinggi
Misai kucing juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah. Ia bantu melancarkan peredaran darah dan melegakan tekanan pada saluran darah.
Bagi sesiapa yang ada masalah hipertensi, teh misai kucing ni memang antara amalan yang mudah dan semula jadi.
Kurangkan Bengkak dan Keradangan
Sifat anti-radang dalam misai kucing sangat sesuai untuk orang yang selalu alami bengkak sendi, lutut atau badan letih-lesu.
Tak semestinya tunggu kena gout baru nak amal. Sesuai untuk semua peringkat usia, terutama yang aktif bersukan atau kerja berat.
Bantu Kawal Paras Gula dalam Darah
Ada kajian yang menunjukkan misai kucing juga ada kesan hipoglisemik – iaitu membantu menurunkan paras gula dalam darah. Ini berita baik untuk yang ada masalah pra-diabetes atau yang nak kawal pemakanan harian.

Head Scientist Eman Research Ltd Australia
Produk Dr Amin
Cara Mudah Amalkan Misai Kucing
- Rebus daun segar atau kering dan minum sebagai teh.
- Campur dengan daun herba lain seperti serai, pandan atau stevia untuk rasa lebih sedap.
- Atau boleh juga guna produk herba siap bancuh yang mengandungi ekstrak misai kucing.
Konsisten tu penting. Jangan harap sekali minum terus sihat. Herba ni kerja dia lembut, tapi berkesan bila diamalkan berterusan.
Misai kucing ni bukan sekadar tumbuhan biasa kat tepi rumah. Bila tahu khasiat misai kucing, baru kita sedar betapa besarnya manfaat herba kampung ni.
Dari gout sampai tekanan darah, misai kucing memang banyak bantu kita.
Cuma yang penting, amalkan dengan cara yang betul dan pastikan ia sesuai dengan keadaan kesihatan masing-masing.
Kalau anda suka amalkan cara semula jadi dan nak lebih info tentang herba-herba tempatan, jangan lupa follow atau kongsikan artikel ni. Jom sihat cara alami