Gout pada Wanita: Tanda, Gejala, dan Cara Mencegah
Gout sering dikaitkan dengan lelaki, tetapi wanita juga berisiko untuk menghidap penyakit ini.
Walaupun kes gout lebih banyak berlaku dalam kalangan lelaki, wanita, terutama selepas menopaus, turut menghadapi risiko yang tinggi.
Artikel ini akan membincangkan tanda-tanda awal gout pada wanita, gejala yang berbeza daripada lelaki, dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Kempen ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penglibatan saintis tempatan dan antarabangsa dalam penyelidikan herba misai kucing.
Sejak tahun 2005, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian telah memberi mandat kepada pasukan ini untuk menjalankan kajian ke atas tumbuhan herba bagi tujuan perubatan.
Produk berasaskan herba misai kucing ini dihasilkan di sebuah kilang yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Malaysia.
Melalui fasiliti melebihi RM20 juta, kilang ini dilengkapi dengan teknologi pemprosesan farmaseutikal moden bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi.
Selain itu, pasukan ini turut berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan setiap batch pengeluaran menjalani kawalan ketat oleh Unit Farmakologi bagi menjamin kepatuhan kepada piawaian yang ditetapkan.
Projek ini diketuai oleh Dr. Amin Malik Shah, seorang pakar farmaseutikal yang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia.
Beliau dibantu oleh sekumpulan saintis antarabangsa yang memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti dan keberkesanan produk.
Dr. Amin Malik Shah juga merupakan Profesor Madya di University of South Wales, Australia.
Kepakaran dan pengalaman beliau di peringkat antarabangsa turut membantu produk Natureceutical SB bertahan di pasaran Australia selama lima tahun.
Kini, mereka kembali berkhidmat dengan matlamat untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui produk berkualiti tinggi. Klik disini untuk ketahui dengan lebih detail.
Kenapa Gout Boleh Terjadi pada Wanita?
Sebelum menopaus, hormon estrogen membantu menyingkirkan asid urik dengan lebih efektif melalui air kencing.
Namun, selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan peningkatan risiko pengumpulan asid urik dalam badan. Ini menjadikan wanita lebih terdedah kepada gout.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko gout pada wanita termasuk:
- Diet tinggi purin – Pengambilan makanan seperti daging merah, makanan laut, dan minuman bergula.
- Kegemukan dan sindrom metabolik – Berat badan berlebihan meningkatkan paras asid urik.
- Pengambilan ubat diuretik – Sesetengah ubat tekanan darah tinggi boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
- Sejarah keluarga – Jika ahli keluarga mengalami gout, risiko anda juga lebih tinggi.
Tanda dan Gejala Gout pada Wanita
Sakit Sendi yang Tiba-tiba dan Teruk
- Berlaku secara mendadak, biasanya pada waktu malam.
- Sendi ibu jari kaki paling kerap terjejas, tetapi wanita juga sering mengalami gout pada lutut, pergelangan tangan, dan siku.
Bengkak dan Kemerahan
- Kawasan yang terjejas menjadi merah, bengkak, dan panas.
- Sendi terasa sangat sensitif, malah kain atau selimut yang menyentuh boleh menyebabkan kesakitan.
Kekakuan Sendi
- Selepas serangan gout, sendi mungkin terasa kaku dan pergerakan menjadi terhad.
- Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi jangka panjang.
Keletihan dan Demam Ringan
- Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami serangan gout mungkin berasa letih atau mengalami demam ringan akibat tindak balas keradangan.

Bagaimana Mencegah Gout pada Wanita?
Mencegah gout adalah lebih mudah daripada mengubatinya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh membantu wanita mengurangkan risiko serangan gout:
Kawal Diet dan Pemakanan
- Kurangkan makanan tinggi purin seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman.
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan seperti ceri, oren, dan epal yang boleh membantu menurunkan paras asid urik.
- Elakkan minuman manis dan alkohol yang boleh meningkatkan risiko serangan gout.
Baca juga : 11 Makanan Penyebab Asid Urik Tinggi
Minum Air Secukupnya
- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk membantu buah pinggang menapis dan membuang asid urik dengan lebih efisien.
Kekalkan Berat Badan yang Sihat
- Berat badan berlebihan boleh meningkatkan paras asid urik.
- Amalkan gaya hidup aktif dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan berenang.
Elakkan Pengambilan Ubat yang Meningkatkan Asid Uric
- Jika anda mengambil ubat diuretik atau ubat tekanan darah tinggi, berbincang dengan doktor mengenai alternatif yang lebih sesuai.
Pantau Paras Asid Urik Secara Berkala
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap gout, lakukan ujian darah secara berkala untuk mengesan sebarang peningkatan paras asid urik.

Rawatan untuk Gout pada Wanita
Jika gout telah didiagnosis, rawatan boleh membantu mengawal simptom dan mencegah serangan yang lebih teruk:
- Ubat anti-radang (NSAIDs) – Seperti ibuprofen untuk mengurangkan keradangan.
- Ubat menurunkan asid urik – Seperti allopurinol atau febuxostat untuk mengawal tahap asid urik dalam darah.
- Perubahan gaya hidup – Diet seimbang dan senaman yang konsisten membantu mengawal penyakit ini dalam jangka panjang.
Gout Pada Wanita
Walaupun gout lebih biasa dalam kalangan lelaki, wanita juga berisiko tinggi, terutama selepas menopaus.
Mengenali tanda awal gout pada wanita dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai boleh membantu mengurangkan risiko serta mencegah komplikasi jangka panjang.
Perubahan gaya hidup yang sihat dan rawatan yang betul, gout boleh dikawal dan kualiti hidup dapat ditingkatkan.