Perkahwinan adalah ikatan suci antara dua orang yang merancang untuk hidup bersama. Bagi pasangan yang ingin berkahwin dengan warga asing di luar negara dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Malaysia, prosedur dan dokumen khusus perlu disertakan. Di sini saya jelaskan bagaimana prosedur pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkahwin di luar negara dan mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Jabatan Agama Islam.
Hubungi pejabat Agama Islam tempatan/Pejabat Agama asal anda mendapatkan surat kebenaran bernikah di luar negara.
Pasangan hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri mengambil borang dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara. Pasangan hendaklah mengisi semua maklumat peribadi yang lengkap dalam borang berkenaan dan lampirkan dengan dokumen sokongan yang diminta Jabatan Agama Islam.
Info penting: Anda yang mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam untuk bernikah dengan pasangan di luar negara, anda dan pasangan tidak akan dikenakan denda dan proses pengesahan pendaftaran nikah di Malaysia menjadi lebih mudah dan cepat sejurus selepas anda dan pasangan balik ke Malaysia selepas selesai bernikah. Proses permohonan pendaftaran pernikahan ini perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permikahan.
Senarai dokumen yang perlu dilampirkan untuk proses pengesahan pernikahan adalah:
i. | Kad Pengenalan suami dan isteri. [Salinan] |
ii. | Muka surat hadapan passport suami dan isteri berserta tarikh keluar masuk ke negara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu. [Salinan] |
iii. | Surat akuan atau kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim. [Salinan] |
iv. | Surat Kebenaran Berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Negeri. [Salinan] |
v. | Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan] |
vi. | Surat makluman perkahwinan dari Kedutaan /Konsulat Malaysia di negara di mana akad nikah dijalankan. |
vii. | Terjemahan Surat Perakuan Nikah daripada badan yang diiktiraf bagi Surat Perakuan Nikah selain dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris [Salinan] |
viii. | Akta Nikah Model N jika perkahwinan berlaku di Indonesia [Salinan] |
ix. |
Surat mati suami atau isteri pasangan bagi duda/ balu kematian suami /isteri. [Salinan]
|
x. | Surat Perakuan Cerai bagi duda /janda. [Salinan] |
xi. | Surat Kebenaran Berkahwin menggunakan wali hakim jika berkahwin menggunakan wali hakim. [Salinan] |
xii. |
Sekeping gambar bercetak majlis akad nikah yang jelas menunjukkan pasangan pengantin, wali, saksi-saksi dan jurunikah.
|
Selepas permohonan lengkap dan bayaran proses diterima dari Pejabat Agama, anda akan diberi satu slip akuan terima permohonan daftar nikah di luar negara (rujuk gambar di bawah). Proses permohonan sijil nikah akan siap dalam masa 15 hari waktu bekerja.

Hi Assalamualaikum, nak tanya kalau nak nikah diluar negara kena mintak kebenaran di malaysia dulu ke? Maksudnya sebelum kita ke luar negara atau pergi ke pejabat agama di luar negara tempat kita nak nikah?
Waalakumussalam. Sebelum ke luar negara dapatkan kebenaran berkahwin di luar dari pejabat agama terdekat tempat cik bermaustatin. untuk pertanyaan, maklumat lanjut boleh join grup perbincangan di telegram
Hi Assalamualaikum , macam mane nak join group telegram ye?
Waalaikumussalam.
join sini.
Tak boleh nak join telegram
Nak tanya, pembatalan permit dari majikan kena bayar berapa ya..
saya tak pasti. kena rujuk semula dengan majikan. untuk link ke grup discussion klik
Salam admin, telegram admin masih aktif ke?
wsalam wbt ya masih aktif
Assalamualaikum apa link telegram
boleh join grup ni