Prosedur Permohonan Visa Kahwin Bagi Warga Asing di Malaysia

by admin
10.7K views

Bila sebut visa kahwin, visa ini hanya dikeluarkan kepada warga asing yang telah berkahwin dengan warganegara Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dengan pasangan.

 

Visa kahwin ini diberi setelah memenuhi beberapa syarat dan bergantung kepada situasi atau keadaan pasangan yang telah berkahwin.

 

Seperti kes saya, saya membuat permohonan visa kahwin untuk suami saya setelah dia selesai menjalani cooling period di negara asal dia di Bangladesh selama 6 bulan selepas menamatkan atau cancel permit PLKS (Pas lawatan Kerja Sementara).

 

Syarat cooling period ini adalah untuk bagi warga asing yang telah berkahwin dengan mana-mana warganegara Malaysia dan menamatkan permit kerja PLKS.

 

Dan bagi situasi lain seperti pemegang visa tourist dan selain PLKS, setelah warga asing itu berkahwin dengan warganegara Malaysia maka dia wajib menukar visa kepada visa kahwin atau spouse visa.

 

Permohonan visa kahwin boleh dibuat di Jabatan Imigresen terdekat. Beberapa borang perlu dilampirkan semasa memohon visa kahwin. Di bawah adalah senarai dokumen yang saya hantar ke pejabat Imigresen semasa memohon visa kahwin suami saya.

 

Antara dokumen yang perlu untuk memohon visa kahwin ini ialah:-

  1. Passport antarabangsa suami (terkini dan semasa berkahwin) – mukasurat hadapan dan mukasurat yang bercop keluar masuk
  2. Gambar ukuran passport suami dan isteri (latarbelakang biru) 4 keping
  3. Bukti kemampuan kewangan pemohon dan pasangan (di sini saya kemukakan penyata bank syarikat dan suami serta salinan sjil SSM, borang 24 dan 49) – bekerja sendiri
  4. Salinan kad pengenalan depan belakang
  5. Borang IM.12
  6. Borang IM.38
  7. Akuan sumpah bersama
  8. Borang kenyataan penaja
  9. Gambar perkahwinan ukuran poskad
  10. Sijil perkahwinan Malaysia dan luar negara (Bangladesh)
  11. Passport Malaysia antarabangsa (seperti kes saya berkahwin di Bangladesh)
  12. Security Bond (dimatikan setem hasil RM10 – LHDN)
  13. Perjanjian sewa rumah (jika menyewa)
  14. Bil utility rumah (terkini)

 

Dokumen nombor 5, 6, 7, 8, dan 12 disediakan oleh Jabatan Imigresen. Semasa anda mengambil borang permohonan visa kahwin di Imigresen, borang-borang ini dilampirkan sekali.

 

Dan ada beberapa borang tambahan yang dilampirkan sekali permohonan visa kahwin perlu diisi dengan lengkap.

 

Untuk proses kelulusan visa kahwin suami saya mengambil masa 6 bulan dan  dalam tempoh menunggu kelulusan,

Imigresen memberi Special Pass sebanyak 3 kali di mana tempoh masa menetap di Malaysia diberikan selama 30 hari dan perlu diperbaharui setiap bulan sehinggalah visa kahwin dikeluarkan.

 

Selain itu, untuk memenuhi syarat visa kahwin ini dikeluarkan, Imigresen akan membuat naziran di mana pemeriksaan dibuat di rumah alamat tempat tinggal pemohon dan pasangan.

 

Pada 17hb Oktober 2022 pegawai Imigresen menjalankan pemeriksaan di rumah kami tinggal bersama.Semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai Imigresen memeriksa rumah, dan meneliti semula dokumen yang dihantar semasa membuat permohonan.

 

Selepas proses ini dijalankan barulah pihak Imigresen meluluskan permohonan visa kahwin jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

Updated : 20 / 10 / 2023

Kepada semua para pembaca yang saya hormati, insyallah saya akan publish satu page khas berkenaan segala pertanyaan & penyelesaian yang sedang anda ajukan kepada saya. Sementara itu bolehlah anda respon ruang di ruang komen dibawah supaya saya boleh update kedalam page khas yang akan saya publishkan nanti 🙂

 

join

You may also like

51 comments

Al 29/04/2023 - 1:03 am

Hi,saya nak tanya semasa pasangan cooling period 6 bulan di Bangladesh..kita perlu memohon surat kelulusan dari imigresen malaysia sebagai rujukan di high comission malaysia di bangladesh ke untuk pasangan masuk ke negara malaysia ? Ada dokumen yg perlu dikemukan ke selepas cooling period untuk masuk ke malaysia?

Reply
admin 01/05/2023 - 5:32 pm

depends on status. jika dah berkahwin, dia perlu lampirkan sijil nikah Malaysia dan dokumen lain untuk menyokong permohonan visa pelancong selepas tamat cooling period. berserta surat jemoutan dari penaja di Malaysia dan syarat penaja mestilah berpendapatan 2k ke atas.

Reply
Siti 09/06/2023 - 5:07 pm

SYA ada masalah dengan suami saya dia tak dapat kerja sehingga sekarang sejak khawin 1 tahun 4 bulan tak bekerja asyik memberontak dengan SYA tak cari dia pekerjaan seolah dia salahkan SYA SYA tengah stress dengan sifat dia SYA tak tahan boleh bantu SYA untuk dapatkan dia pekerjaan please tolong sya

Reply
admin 11/06/2023 - 4:14 pm

Suami puan warga negara mana?

Reply
Ms Saw 23/05/2023 - 5:40 pm

Imigresen memberi Special Pass sebanyak 3 kali di mana tempoh masa menetap di Malaysia diberikan selama 30 hari dan perlu diperbaharui setiap bulan sehinggalah visa kahwin dikeluarkan.

Salam sejahtera
Boleh saya tahu cara mohon Special Pass sementara menunggu proses perkahwinan diluluskan oleh Jab Pendaftaran Negara Malaysia?
Terlebih dahulu mengucap terima kasih atas sanggup share.

Reply
admin 28/05/2023 - 1:57 pm

pergi ke Imigresen ambil borang dan isi semua borang dan lampirkan dokumen yang diminta Imigresen

Reply
Y 26/05/2023 - 10:20 pm

Salam kak, sebelum tu saya nak cakap saya suka isi blog akak sangat membantu. Saya nak tanya, kiranya cooling period ni kena jalani “setelah” berkahwin ye. Selain itu, macam mana pulak kes bagi yang tiada visa. Sekarang tengah mengikut proses rekalibrasi untuk mendapatkan visa, dah daftar dari bulan 3, sampi ke harini tiada tindak balas untuk proses seterusnya. Tetapi selepas saya baca blog akak ni, rupanya hanya boleh berkahwin selain dari pemegang permit PLKS ye. Allah, memang tiada cara lain ye kak kalau saya boleh tahu. Saya cuba google sumber, cari kat tiktok kot ada yang kongsi kan tetapi agak susah dijumpai.

Reply
admin 28/05/2023 - 1:14 pm

ya tiada cara lain. selain pas plks, jika dia ada pas pelawat or pas student boleh je kahwin di Malaysia. untuk membolehkan perkahwinan, pasangan mesti ada visa dan passport yang valid.

Reply
Nurulhuda 28/05/2023 - 12:29 am

Hai . Macam saya nak kahwin pakistan. Sy confious. Adakah birth certificate tu memang wajib bawa ke mase die masuk malaysia pakai visa visit tu?

Reply
admin 28/05/2023 - 1:11 pm

setahu saya, single certificate yg wajib dikemukakan untuk berkahwin dengan warganegara. birth certificate tu standby juga untuk keperluan.

Reply
Nabila 02/06/2023 - 10:03 pm

Berapa eh nak renew visa diorang? Lepas tu kalau suami isteri tk keje tk de penyata bole guna abang or kakak pnya penyata ke?tlong jwab sebab saya nak register suami pnya visa

Reply
admin 04/06/2023 - 4:41 pm

Boleh guna as penaja. Mesti pendapatan 2k ke atas. Renew visa apa ya? Lain visa lain bayaran.

Reply
Iqa 08/06/2023 - 2:01 pm

hi, saya nak tanya. kalau nak berkahwin dgn perempuan warga Indonesia yg tiada visa tapi bekerja dgn majikan di malaysia boleh tak? apa prosedur yg sepatutnya dia lalui ya?

Reply
admin 11/06/2023 - 4:23 pm

dia takda visa tapi bekerja ngan majikan tu pun dah salah.

Reply
aida 09/06/2023 - 1:58 pm

sy org Malaysia pasangan wrga asing dia tamat kontrak kerja December so maksud nya dia blh masuk Malaysia slpas 6bulan..visa 30hri so dlm masa 30hri tu kna siapkn borang dn trus nikah?

Reply
admin 11/06/2023 - 4:15 pm

make sure buat check out memo sebelum nak balik jalani tempoh 6 bulan.

Reply
admin 11/06/2023 - 4:28 pm

kena buat preparation awal sebelum visa dia tamat tempoh.boleh cuba mohon extend visa di Imigresen dan berikan surat bersebab kenapa nak extend visa menetap di Malaysia. Biasa Imigresen akan berikan special pass selama sebulan jika memenuhi syarat dan kriteria. Nikah di Malaysia pun u dan pasangan kena isi borang permohonan kebenaran bernikah warga asing di Imigresen.

Reply
Haida 17/06/2023 - 10:40 am

Bakal suami akan masuk Malaysia pada 1.7.2023 untuk berkahwin. Visa sosial untuk tempoh kahwin berapa lama ye. 1 bulan atau 3 bulan. Dan setelah selesai semua proses perkahwinan suami kena balik semula ke negara asal atau tidak perlu. Maaf saya kurang paham dengan Visa.

Reply
admin 17/06/2023 - 6:02 pm

visa sosial biasa diberi 30 hari. kalau tak cukup tempoh boleh minta extend di Imigresen. Suami kena balik atau tak, kena rujuk semula dengan Imigresen.

Reply
nelson 21/08/2023 - 2:08 pm

maaf , tumpang tanya . bakal istri ada surat lahir malaysia tapi bukan warganegara , dan skrg tengah urus buku pasport indonesia . sekrang pasport dia tu dikira visa social ke ? sebab dia kluarkan buku pasport di konsulat republik indonesia yang berada di malaysia . mcm mna ya untuk urusan visa kawin ni ? dia punya visa berapa lama hidup ya 1 bulan? tp skg urusan untuk nikah kami blm siap . boleh kah minta extend dekat imigresen special pass ?

Reply
admin 22/08/2023 - 7:51 am

boleh ke Imigresen minta extendkan visa. Imigresen akan berikan special pass jika memenuhi syarat. urusan visa kahwin boleh dibuat di kaunter pejabat Imigresen negeri. visa kahwin diberikan selama 6 bulan untuk pertama kali dan seterusnya perbaharui diberikan 12 bulan. untuk permasalahan selanjutnya anda boleh subsribe ke chanel support telegram. InshaAllah dalam chanel ini ramai kawan2 yang ada pengalaman yang sama boleh membantu. Klik link ini circle.zunaidahhadi.com

Reply
Serena 08/09/2023 - 9:34 am

Sangat membantu block ini. Terima kasih.
Masa cooling period balik negara asal Indonesia selama 6 bulan. Boleh tak ke negara lain? (bukan Malaysia) Contoh negara Cina untuk 3 bulan. Adalah 3 bulan ini termasuk dalam cooling period? Tkbb

SUNENDI 20/08/2023 - 1:51 pm

Ma’af nak tanya macamana saya nak dapatkan SP.? apa dokumen yg perlu saya sediakan.? saya sudah berkahwin sudah cukup 6bulan tapi masa nak buka file tu saya di Suruh keluar dulu masih tak boleh submit lagi. Sekarang yg saya perlukan cmn saya nk mohon SP.?

Reply
admin 22/08/2023 - 7:56 am

mungkin tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Imigresen. Special Pass boleh mohon di mana-mana pejabat Imigresen negeri berdekatan tempat tinggal anda. Untuk memohon Speciall Pass, dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan penaja, passport dan visa pasangan, borang IM12, gambar passport, salinan sijil nikah dan surat sumpah perkahwinan.

Reply
ma 27/08/2023 - 11:55 am

assalamualaikum puan.. kalau yg dah kahwin dekat bangladesh macam mana nak daftar perkahwinan di malaysia..? ape first step kena buat?? nak pergi dekat bahagian mana dahulu..?? maaf bertanya banyak..

Reply
admin 04/09/2023 - 4:23 pm

waalakumussalam. pendaftaran nikah di luar negara perlu melalui pejabat agama negeri permastatutin.

Reply
Renny 17/09/2023 - 9:09 pm

Salam cik.. Berapa bayaran buat spouse visa utk kali pertama ya?

Reply
admin 26/09/2023 - 8:51 pm

bayaran antara 1500 – 2100. bergntung pejabat Imigresen daerah mana.

Reply
Khatijah binti elangovan 17/09/2023 - 1:27 pm

Suami I visa workers visa… Saya kahwin kat Thailand Dan daftar kat Malaysia… Skrg saya dah ada sijil nikah kat Malaysia… Skrg saya ada anak 3 tahun.. Skrg saya mahu tukar visa ikut isteri di Malaysia macam mana.. Tapi visa dah mati beberapa tahun… Skrg saya mahu tukar visa ikut isteri…

Reply
admin 26/09/2023 - 8:50 pm

serah diri di Imigresen dan suami bakal dikenakan denda kerana overstay. dia perlu balik negara asal dan cooling 6 bulan then baru boleh mohon visa ikut isteri.

Reply
Nisha 23/09/2023 - 1:59 pm

Salam Puan nak tnya apakah proses pertama yang perlu saya lakukan untuk berkahwin dng warga asing pemegang visa pelajar di Malaysia? Siapakah perlu saya rujuk untuk mengetahui perkara2 yang harua Saya lakukan?

Reply
Aikal 26/09/2023 - 8:32 am

Salam kak,isteri saya bulan 11 ni dia masuk malaysia..saya bru saje nikah di indonesia hujung bulan 8 itu hari,so sebelom dia masuk malaysia atau lepas dia masuk malaysia saya perlu ke imigresen??maaf bertanya just nak tahu ape perlu buat bila dia dh masuk malaysia

Reply
admin 03/10/2023 - 8:26 pm

selepas 6 bulan dari tarikh nikah baru boleh mohon buka fail di imigresen. tetapi sebelum tu kena selesaikan dulu pengesahan nikah di Malaysia ya. untuk pertanyaan, maklumat lanjut boleh join grup perbincangan di telegram

Reply
Nur Cahaya 24/10/2023 - 7:16 am

Assalamualaikum saya nak tanya, kalau guna visit Visa untuk berkahwin, bakal suami akan ada tempoh cooling period jugak ke? Atau cooling period hanya untuk pemegang PLKS sahaja?

Reply
admin 03/11/2023 - 11:44 am

kena faham ya cooling period hanya bagi yang cancel/batal kan permit plks mereka.

Reply
admin 13/11/2023 - 4:16 pm

Waalaikumussalam. cooling period hanya utk plks sahaja. untuk pemegang visit visa tiada masalah berkahwin di Malaysia tapi mesti melepasi tempoh 6 bulan juga untuk permohonan spouse visa selepas urusan penegsahan nikah selesai.

Reply
Rasyihah 28/09/2023 - 8:37 pm

Borang2 tu kita memang kene ambil dekat pejabat imigresen ke or boleh download sendiri

Reply
admin 03/10/2023 - 8:21 pm

dua2 method boleh. untuk pertanyaan, maklumat lanjut boleh join grup perbincangan di telegram

Reply
. 19/10/2023 - 7:10 pm

boleh dapatkan link telegroup tu? terima kasih

Reply
admin 13/11/2023 - 4:19 pm

join sini.

Reply
Peyman 21/10/2023 - 1:37 pm

Adakah mungkin untuk memohon visa perkahwinan dengan visa pelancong 14 hari?

Reply
admin 03/11/2023 - 11:52 am

masa agak pendek. lengkapkan semua dokumen dan hantar terus ke pejabat Imigresen berdekatan. pastikan buat sto temujanji dahulu.

Reply
Nadia 02/11/2023 - 7:41 am

Hi sis. I ada soalan nak Tanya. I nak guna ssm sbb ada business sendiri. Yg memerlukan adalah bank account statement. Masih perlu slip Gaji 3 bulan ke ? Untuk borang penaja diminta isi gaji penaja. Itu saya confuse.

Reply
admin 03/11/2023 - 11:38 am

tak perlu slip gaji melainkan jika diminta pegawai. just isi jumlah purata gaji sebulan dalam borang penaja.

Reply
Nadia 05/11/2023 - 4:44 pm

Ok terima kasih. Skrg utk penyerahan dokumen perlu buat di web sto. Tapi utk pilihan service nak pilih apa ? Yg keluar hanya passport online ( isu cap jari/pungutan passport.

Reply
Nadia 05/11/2023 - 4:46 pm

Minta maaf sis
Boleh bagi step nk booking di sto

Reply
admin 13/11/2023 - 4:09 pm

search di google je sto appoitment. ikut langkah yang diberikan terima kasih

admin 13/11/2023 - 4:10 pm

masukkan nama pasangan warga asing bukan nama pemohon warganegara. klik bahagian visa.

Reply
Huda 04/11/2023 - 11:07 pm

Salam. Sy nak tanya. Maid sy akan tamat permit kerja PLKS bulan Disember ni dan telah bernikah dgn warga malaysia. Dia perlu cooling period jg ke sbb mmg dah tamat permit dan ada memo check out. Buka disebakan cancel permit?

Reply
admin 13/11/2023 - 4:11 pm

ya perlu.

Reply
Peyman 06/11/2023 - 3:02 pm

Hello
Saya dari Iran dan saya berkahwin dengan seorang wanita Malaysia
Tetapi malangnya, saya tidak dapat mendaftarkan perkahwinan kami
Dan saya perlu pergi ke negara saya untuk mendaftarkan perkahwinan, tetapi masalahnya ialah saya tidak boleh kembali selama 5 tahun. Adakah terdapat cara untuk memadamkan lebihan tinggal saya?

Reply

Leave a Comment