Bagaimana Nak Set Matlamat Yang Jelas Dalam Bisnes

by admin
292 views

Mengapa anda perlu menetapkan matlamat yang jelas dan berkesan untuk perniagaan anda, dan bagaimana untuk melakukannya.

Saya petik ayat ini dari blog Irfan Khairi, beliau nyatakan iaitu satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang jelas adalah:

Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?

Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.

Saya berikan tips yang mudah, caranya, anda gunakan Formula SMART semasa menetapkan matlamat.

Apakah SMART?

1. S merujuk kepada Spesifik
– Tulis dengan jelas dan spesifik

2. M merujuk kepada Measurable
– Matlamat yang boleh diukur

3. A merujuk kepada Attainable
– Boleh dicapai atau logik untuk kita capai.

4. R merujuk kepada Relevant
– Matlamat yang memenuhi BIG WHY kita

5. T merujuk kepada Timeline– Tetapkan masa atau tarikh bila boleh kita nak capai.

Contoh matlamat dengan menggunakan Formula SMART:-

Mencapai 1000 pelanggan pertama dengan jualan terkumpul RM150,000 pada 30 Nov 2021 dalam masa 2 tahun.

Jelas kan goals yang kita nak dalam matlamat tu kan?

Tampal goals ini di tempat yang anda selalu lihat setiap hari supaya dapat push diri anda sendiri. Bila dah jelas matlamat kita, then baru kita boleh rancang apakah strategi untuk mencapai matlamat tersebut.

Jumpa di next artikel.

Semoga membantu.

You may also like

Leave a Comment