Ramai antara kita mengambil sikap sambil lewa berkenaan dokumen peribadi yang terdapat di rumah seperti penyata gaji, surat surat dari bank, penyata, bil-bil berkaitan dan surat-surat berkaitan perkahwinan dan keluarga.
So apa yang kita boleh buat ialah mengemaskini dokumen penting yang ada di rumah. Di sini ada beberapa tips mudah untuk kita menyimpan segala dokumen penting isi rumah. Supaya dokumen selamat dan senang nak cari bila nak guna.
Asingkan mengikut kategori dan labelkan pada fail. Boleh guna stick notes atau kertas warna dan labelkan pada setiap fail. Jenis fail pula boleh guna mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
- Segala dokumen berkaitan rumah seperti perjanjian sewa beli, bil cukai taksiran, bil air/elektrik, geran tanah dan lain-lain yang berkaitan rumah. Letakkan dan susun di dalam 1 fail. Labelkan satu nama. Contoh boleh letak alamat rumah atau nama kediaman.
2. Dokumen kewangan seperti penyata bank, penyata EPF, penyata Tabung Haji, ASB, surat Ctos, CCris, slip gaji, surat-surat rasmi dari bank dan lain-lain yang berkaitan. Labelkan satu nama juga dan susun di dalam satu fail. Boleh sorting atau filter mengikut kategori.
Atau boleh asingkan mengikut bank.
3. Dokumen perkahwinan seperti sijil nikah, sijil cerai, gambar perkahwinan, surat mahkamah yang berkaitan. Labelkan.
4. Sijil-sijil sekolah dan universiti.
5. Resit pembelian barang kemas dan gold bar.
6. Dokumen kenderaan seperti sijil pemilikan kenderan, insurans cover note dan resit-resit saman ke atau yang berkaitan. Susun dalam 1 fail. Lebelkan.
7. Segala surat pembelian kad warranty barang-barang rumah. Seperti barangan elektrik dan barangan dapur. Satukan dalam satu fail.
8. Dokumen penting pasangan. Bergantung kepada status dan pekerjaan pasangan anda. Anda kena simpan seperti salinan dokumen pengenalan, penyata bank, slip gaji, surat perubatan, surat berkaitan tawaran kerja dan lain-lain berkaitan seperti passport, surat beranak dan sebagainya. Susun dalam satu fail.
Segala dokumen di atas hendaklah disimpan di satu tempat yang tinggi atau mudah dicapai agar sekiranya berlaku kejadian banjir ke, senang dan cepat boleh dicapai. Contoh dalam satu beg galas. Simpan di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil.
Atau pun simpan dalam peti besi jika ada.
Semoga bermanfaat.
Nota tambahan: Jumlah fail mengikut pada berapa banyak dan jenis dokumen yang anda simpan di rumah.