Proses Perkahwinan Dengan Warga Asing: Cabaran dan Prosedur di Malaysia 1

 

Perkahwinan antara warganegara Malaysia dengan warga asing semakin biasa terjadi di negara kita. Namun walaupun bagi sesetengah pihak, ianya merupakan satu perkara biasa tapi bukanlah satu proses yang mudah.

 

Terdapat banyak cabaran dan prosedur yang perlu dilalui sebelum dan semasa berkahwin dengan warga asing.

 

Artikel ini akan membincangkan proses perkahwinan dengan warga asing di Malaysia, termasuk cabaran dan prosedur yang perlu diambil kira.

Prosedur untuk berkahwin dengan warga asing di Malaysia.

Pertama sekali individu yang ingin berkahwin dengan mana-mana warganegara Malaysia mestilah bukan pemegang permit kerja atau PLKS (Permit Lawatan Kerja Sementara).

 

Pastikan individu tersebut pemegang permit atau visa pelancong atau visa pelajar untuk membolehkan individu tersebut berkahwin dengan warganegara di Malaysia.

 

Jika warga asing tersebut mempunyai visa pelajar atau visa pelancong, mereka boleh berkahwin dengan warganegara dan mengikut proses berkahwin dan undang-undang perkahwinan di Malaysia. Pastikan mereka mempunyai dokumen yang lengkap dan sah untuk tujuan berkahwin.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk berkahwin antara warga Malaysia dengan warga asing adalah:

  1. Salinan kad pengenalan dan pasport individu Malaysia
  2. Salinan kad pengenalan dan pasport warga asing
  3. Surat beranak atau sijil kelahiran individu Malaysia
  4. Surat beranak atau sijil kelahiran individu warga asing
  5. Surat keterangan tiada halangan berkahwin dari JPN bagi individu Malaysia
  6. Surat keterangan tiada halangan berkahwin dari kedutaan bagi warga asing
  7. Surat pengesahan kematian atau cerai bagi individu yang pernah berkahwin sebelum ini
  8. Surat kebenaran dari isteri pertama jika pasangan warga asing sudah berkahwin.

 

 

Cabaran yang perlu dihadapi dengan pasangan warga asing di Malaysia.

Walaupun prosedur untuk berkahwin dengan warga asing di Malaysia nampak mudah tetapi bukanlah mudah sebenarnya. Banyak proses yang perlu dilalui terutama dokumen perlu lengkap sebelum nak berkahwin dengan warga asing.

 

Apatah lagi jika pasangan anda adalah pemegang permit PLKS. Nanti kita cerita di lain artikel bagaimana proses berkahwin di luar negara terutama bagi pasangannya adalah dari negara Bangladesh.

 

Antara cabaran yang sering dihadapi semasa awal perkahwinan adalah perbezaan bahasa dan budaya. Warga asing yang ingin berkahwin dengan rakyat Malaysia mungkin menghadapi masalah dalam memahami budaya dan bahasa tempatan.

 

Oleh itu, sebelum berkahwin, individu tersebut perlu berusaha untuk memahami budaya dan bahasa Malaysia dengan lebih baik.

 

Selain itu, individu yang berkahwin dengan warga asing juga perlu mempertimbangkan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan perbezaan agama.

 

Jika individu Malaysia berkahwin dengan warga asing yang mempunyai agama yang berbeza, mereka perlu mempertimbangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan ini dengan cara harmoni.

 

Updated : 20 /10 / 2023

Kepada semua para pembaca yang saya hormati, insyallah saya akan publish satu page khas berkenaan segala pertanyaan & penyelesaian yang sedang anda ajukan kepada saya. Sementara itu bolehlah anda respon ruang di ruang komen dibawah supaya saya boleh update kedalam page khas yang akan saya publishkan nanti 🙂

 

join

137 thoughts on “Proses Perkahwinan Dengan Warga Asing: Cabaran dan Prosedur di Malaysia”

  1. Admin tahu tak macam mana kes ni.
    Sy lelaki, nak kahwin orang Indonesia di Malaysia, wali perempuan tak dapat datang. So nak dapatkan kebenaran kahwin dari sana, borang kebenaran wakil dah isi. Lepas tu macam mana.

    1. rujuk di Imigresen. bagi warga asing jika nak berkahwin dengan pasangan warganegara, mereka kena mohon kebenaran berkahwin di Imigresen. Pasangan kena ikut sekali.

      1. Assalamualaikum saya nak tanya saya nak kahwin dengan warga asing tapi dia ada Black list sebab pernah duk lebih masa masa dulu macam mana urusan ya

        1. kena serah diri di Imigresen, bayar compaund kemudian ke step seterusnya mengikut budi bicara pegawai Imigresen. untuk ke grup discussion sila klik link

  2. Saya tak paham la pasport plancong/visa prlancong ade beza ke?saya nk nikah dngan warga asing..tp die ade pasport pelancong saja..blh ke guna pasport tu?urusan nikah?

    1. passport is passport. visa tu tgk pelekat dalam mukasurat di dalam passport. ada banyak jenis visa. kalau bakal suami tu masuk sebagai pelancong, boleh kahwin di Malaysia. xda masalah.

      1. Hi admin, saya warga pilipin pasport plks jaminan majikan, saya ingin berkhawin dengan warga negara, apa sijil perlu di bawa ke jpn, perlu ka jaminan tamat tempoh dulu?

        1. maaf yang ini saya x berapa pasti proses dia. jika nak kahwin di malaysia, u perlu dapatkan kebenaran berkahwin dari Imigresen. Then barulah mohon permohonan nikah di jabatan agama islam negeri.

        2. Saya nak tya..setiap proses untuk kawin dengan warga asing dari negara mana pun sama ke? Insyallah, pasangan saya dari Turki..

          1. ya sama lebih kurang. beza cuma cara beruurusan dengan kedutaan di negara masing2 dan undang2 Islam negara berkenaan jika berkahwin di negara tersebut.

      2. dia kena balik bangla ke untuk amik surat rujukan yang mengata dia bujang dan hendak berkahwin di melaysia ? ada orang cakap . pihak lelaki kena balik bangladesh 6 bulan untuk matikan permit dan pasport kerja . betul ke ?

        1. matikan permit dulu, ada check out memo rasmi dari pejabat Imigresen baru balik buat cooling period 6 bulan di Bangladesh. Untuk berkahwin, salah satu dokumen dia kena adakan ialah single certificate. u boleh join our chanel private di telegram circle.zunaidahhadi.com untuk bantuan dan sokongan dari rakan-rakan lain.

        2. Saya sudah lengkap menjalini perkhawinan di indonesia. Surat kawin pun lengkap dan saya ada nak register pergi JPN malaysia juga dahulu @ pergi ke imigresen.

          1. jika berkahwin dengan warga Malaysia, kena buat pengesahan nikah di pejabat agama berdekatan.

  3. Assalamualaikum saya nak tanya,

    1) jika warga asing itu telah convert ke islam perlukah beliau menukar nama islamnya di dalam passport sebelum bernikah atau boleh proceed dulu dengan passport lamanya?

    ‘ Surat beranak atau sijil kelahiran individu warga asing
    Surat keterangan tiada halangan berkahwin dari kedutaan bagi warga asing ‘
    2)Langkah ini boleh buat didalam Malaysia atau perlu buat di negara asalnya?

    harap sangat admin dapat menjawab soalan saya, doakan urusan pernikahan saya dipermudahkan

    1. Waalaikumusalam. sy tak pasti la. cuba rujuk di kedutaan negara dia atau Jabatan Pendaftaran Negara. Semoga urusan pernikahan u dipermudah. ameen

      1. RAFIZA BINTI MAHMUD

        Sy, dah dapat surat kelulusan dan di sah kan bujang. Lepas tu bole ke urusan dengan pej agama utk proses nikah

    2. Dhamiri Gunter bin Abdullah

      Assalamualaikum nak tanya kalau semua ok adakah couple yg nikah ada kad nikah akan dikeluarkan oleh pejabat agama utk proof of marriage. Terima kasih

      1. Waalaikumussalam. kad nikah perlu dimohon dahulu. kalau tak mohon x dapat lah. Buat permohonan di pejabat agama yang mengeluarkan surat nikah anda.

    1. tak wajib ambil tapi kalau nak ambik pengalaman boleh je hadir kursus kahwin. Suami saya buat di swasta sebelum kami kahwin. Saja timba ilmu.

      1. Hai . Sy warganegara Malaysia bakal suami warga Indonesia .. sy berstts janda .Kemana dlu Sy patut pergi jabatan imigresen dlu ke or pejabat agama . Dan ada ape2 srt ke yg perlu dibawa pulang ke negarany ?

        1. Jika nak berkahwin di Malaysia, isi borang permohonan kebenaran nikah warga asing di Imigresen. Seterusnya baru buat permohonan nikah di jabatan agama negeri.

          1. saya guna visa residen pass, saya ada pergi imigresen tnya syarat nak kahwin dkt sini, orng imigresen kata tak ada syarat apa apa boleh jee kahwin mcm biasa orang warganegara kahwin

          2. nak urus kebenaran di emigresen perlu bayar banyak ke? ade bayaran yg bnyk atau tak?

          3. kebenaran berkahwin, borang diberi percuma. untuk penukaran visa sahaja ada dikenakan bayaran seperti visa kahwin dan special pass.

      2. Sy plan nk nikah dgn wanita Indonesia.
        Mohon admin terangkan step-step asas yg sy perlu lakukan? dan perlu berurusan dgn agensi mana?
        Cth: Ke Imigresen.
        Then ke Pej Agama Negeri
        Ke JPN & Kedutaan Indonesia di KL

        Mohon terangkan 2 senario:
        Nikah di Malaysia dan nikah di Indonesia

        Terima kasih.

        1. agak panjang nak explain. saya sedang siapkan ebook untuk warga asing Indonesia – Malaysia. Sementara tu boleh join grup perbincangan di telegram

    2. Admin saya nak tanya kalau nikah sini dengn lelaki indonesia pasport pelancong,boleh minta surat keterangan tiada halangan berkahwin dimalaysia tanpa harus ke indonesia lagi..

  4. Afiqah osman

    Surat keterangan tiada halangan berkahwin dari JPN bagi individu Malaysia – ini khas untuk yang bukan beragama islam kan kak? Sebab dalam list dokumen yang diperlukan dari jabatan agama negeri kedah tak ada yang ni . Saya confius pulak . Saya tengah uruskan dokumen untuk berkahwin dengan warganegara indonesia .

    1. ya. dokumen pun bergantung kepada jabatan agama negeri. saya menulis secara general. sebab setiap proses dari setiap jabatan agama ke imigresen format borang mereka pun x sama.

    2. Nur Syahirah

      Assalamualaikum saya pun asal kedah. Boleh tak saya nak tnya checklist dia . Kalau boleh nak contact awak. No saya 0163475159

    3. Dhamiri Gunter bin Abdullah

      Assalamualaikum nak tanya kalau semua ok adakah couple yg nikah ada kad nikah akan dikeluarkan oleh pejabat agama utk proof of marriage. Terima kasih

      1. Waalaikumussalam. kad nikah hanya dikeluarkan pejabat agama bila mana pasangan memohon untuk kad nikah. bayaran mengikut negeri.

  5. Assalamualaikum maaf nak tanya… Kalau calon suami bukan warganegara.. sekarang masuk Malaysia sebb bekerja Dan memegang permit pekerja.. Jadinya kena berhenti kerja dulu ke camne ye?

    1. Waalaikumusalam. Tak perlu berhenti. nak berkahwin semasa dia masih memegang plks boleh je cuma kena berkahwin di luar negara la. plks tak dibenarkan kahwin dengan warganegara di Malaysia.

      1. Kalau kawin di luar negara…Nanti anak tetap dapat status warganegara malaysia ke akak if anak lahir kat malaysia ?

  6. Assalamualaikum maaf bertanya.. kalau calon suami memgang visa sebgai pekerja di Malaysia maksudnye kena berhenti kerja dulu ke camne?

    1. Tk perlu. melainkan jika dia sendiri nak batalkan plks dia dengan kebenaran dr majikan atau tamat tempoh plks.

  7. Assalamualaikum..nak tanya saya dah berkhawin 20 tahun dan bercerai dgn suami bukan warganegara tapi kami ingin menikah balik perlu ke guna visa sosial pas lawatan untuk proses nikah?dokumen semua dah lengkap cuma yg xde surat kedutaan dan suratkebenaran imigration

  8. Assalamualaikum saya perempuan. nak kahwin dengan orang thailand islam. Tapi dia pakai pasport dan permit pekerja. Prosedur nya macam mana ???

    1. Waaalaikumussalam. Permit kerja tak boleh kahwin dengan warganegara di Malaysia. Cara lain nikah di luar negara.

  9. Saya wanita warga negara Malaysia yg ingin berkahwin dengan lelaki warga Indonesia. Masalahnya passport bakal suami saya telah tamat tempoh pada bulan Februari 2023. Ada cara tak utk berkahwin di Malaysia ?

    1. nak berkahwin passport kenalah valid. dan ada status visa. selain visa plks dibolehkan kahwin di Malaysia

      1. Sy konfius admin ada komen plks x dibenarkan kahwin dgn warganegara tetapi blh kahwin di malaysia? Lain ke? Ada x web lengkap utk rujuk prosedur kahwin warga asing mengikut law malaysia. Leceh juga patut la rmi kawin kt siam

        1. Bila pulak saya kata boleh? u screen shot bagi saya statement tu di mana. pemegang plks memang tak boleh kahwin di Malaysia melainkan dia batalkan permit kerja, tunngu 6 bulan di negara dia dan masuk semula ke Mlaysia dengan visa pelancong dan kahwin la kat Malaysia. Kahwin di Malaysia just ikut je undang-undang jabatan agama Islam tempat u mastautin.

  10. Assalam admin nak tanya harap dapat membantu 🥺 . Saya warga asing thailand nak kahwin dgn warga malaysia . Bukan pemegang visa PLKS . Cuma nak tahu untuk urusan ni berapa lama ya ambil masa sblm tarikh nak nikah tu . Risau takut buat lambat tak sempat dgn tarikh nikah .

    1. bergantung pada permohonan itu sendiri. jika semua lengkap dengan semua dokumen, proses jadi cepat.

  11. hi 👋🏼 nak tnya klau ic masih dlm proses mngkin dpt mykas jdi, adakah dibenarkan kawin dgn warga asing? atau tidak diluluskan? terima kasih.

    1. untuk membolehkan perkahwinan pasangan mesti ada kad pengenalan diri yang sah. sama ada passport, visa dan id lain2

  12. Salam penulis. Bagaimana dgn urusan daftar sijil lahir anak nanti ya? Adakah akan jadi proses yang rumit tak seperti warganegara jika suami adalah warga asing.

  13. Sekirannya pasangan saya menggunakan permit PLKS dan saya ingin berkahwin dengan nya. Bagaimana cara lain yang membolehkan untuk kami berkahwin ?

    1. ada 2 cara.
      1. kalau nak kahwin di Malaysia, pasangan u kena batalkan permit kerja PLKS, dan balik ke negara asal dia cooling period selama 6 bulan dari tarikh chek out memo dikeluarkan dan masuk Malaysia semula dengan visa pelawat.
      2. Kalau tak batalkan PLKS, masih boleh berkahwin tapi kena kahwin di negara pasangan. dan balik Malaysia buat pendaftaran nikah di Pejabat Agama berdekatan dan dapatkan surat perintah mahkamah untuk proses seterusnya.

      1. Maksud kahwin luar negara, cth: thailand boleh la ya? Bagaimana pula dokumen & proses nikah ? Adakah proses dokumentasi & prosedur kena ikut di negara thai pula?

  14. Mcm mana nak daftarkan pernikahan di Malaysia? Apa dokumen diperlukan?
    Nikah di Arab Saudi, suami pakistan,sy Malaysian.

    1. pergi ke mahkamah dapatkan surat perintah. then ke jabatan agama islam negeri mohon permohonan pendaftaran nikah dan lampirkan semua dokumen yg diminta.
      1. sijil nikah luar negara
      2. salinan passport, visa dan kad pengenalan
      3. dokumen perjalanan seperti tiket flight, dan cop keluar masuk negara.
      4. gambar perkahwinan
      5. semua sijil mesti ada pengesahan dari ministry of foreign affair negara berkenaan.
      6. dan dokumen lain jika perlu (rujuk pejabat agama berkenaan)

  15. Assalamualaikum wbt, dengan izin-Nya..In Syaa Allah, saya dan pasangan merancang berkahwin di Malaysia setelah tamat cooling period (6 bulan) pasangan. Persoalan saya:
    1. Sekiranya kami dikurniakan anak nanti dan saya (warganegara) meninggal. Bagaimana status hak penjagaan anak dan status keberadaan suami saya nanti?
    Mohon pencerahan. Terima kasih.

      1. KLU plks dah tamat tempoh, kena tggu 6 bulan jugak ke baru boleh buat passport pelawat masuk Malaysia

        1. ya. bukan mudah nak terus masuk malaysia semula. untuk pertanyaan, maklumat lanjut boleh join grup perbincangan di telegram

  16. Fazira Khalib

    Assalamualaikum .tunang i dri palestine .nak tanya Sijil tiada halangan perkahwinan daripada kedutaan untuk warga asing ni nak kne mintak dekat kedutaan palestine yg dkt malaysia atau negara dia ye ?

    1. Kalau tak boleh dapatkan di kedutaan negara dia di Malaysia, u kena dapatkan di kedutaan di negara dia.

  17. maafbertanya, saya warganegara Thailand ( bukan pemegang permit PLKS ) ingin berkahwin dengan warga Malaysia apakah proses dan syarat ya ?

    1. proses dan syarat ikut negeri tempat u mastautin. dapatkan kebenaran berkahwin warga asing di Imigresen dahulu barulah daftar amik borang nikah kahwin di pejabat agama terdekat atau secara online.

  18. Assalamualaikum hai. Saya warganegara malaysia dan nak berkhawin dengan warga bangladesh. Rancang nak kawen balik negara dia dulu. Apa yang perlu saya bawak ?

    1. Waalaikumusalam. boleh rujuk blog saya sebelum ni ada saya kongsikan.
      1. dokumen pengenalan mykad
      2. passport dan visa
      3. alamat tempat tinggal di Malaysia
      4. Sijil cerai atau janda jika pernah berkahwin sebelum atau dah bercerai

  19. Slm.. sy Malaysian, tunang sy dri Itali.. so dia blh dtg ke Msia utk kwen guna pasport shj tnpa perlu visa kan? psport utk lawatan ke Msia valid dlm tempoh 90 hri, so mcm mna prosedur utk dia terus menetap di Msia slps kwen? perlu apply pas lawatan sosial jngka panjg ke mcm mna?

    1. ya perlu mohon speciall pass untuk extend visa jika tak cukup tempoh 90 hari tu. selepas itu boleh mohon pas lawatan sosial jangka panjang atau spouse visa.

  20. Natasha Rafi

    Pasangan sy dr mesir bekerja di malaysia guna visa bekerja. Adakah kami perlu bernikah di luar negara? Apakah prosedur yg harus kami lakukan?

    1. Boleh kahwin di Malaysia. dia kena batalkan permit kerja dia dahulu balik ke nagara asal dan masuk semula ke Malaysia dengan pas lawatan sosial.

  21. Assalamualaikum admin nak tanya, bakal suami saya yg bukan warganegara juga perlu mengikuti kursus pra perkahwinan di malaysia juga kah?

  22. Assalamualaikum hii Sy Diana berasal dari Indonesia nak bernikah dengan warga negara apa yg perlu Sy sediakan sebab sekarang sy pati mohon bantuan pencerahan nya terima kasih ,maaf Sy Dan calon suami dah buntu fikir

    1. waalaikumusalam. selesaikan dulu masalah pati tu, jika tiada apa2 dokumen pengenalan perkahwinan tidak dibolehkan. mesti mempunyai dokumen pengenalan yg sah,

  23. Assalamualaikum tumpang tanya, kalau saya, warganegara nak kahwin dengan Iraqi (lelaki) pemegang kad UNHCR macam mana pula ya? Memang tak boleh langsung ka? check website jabatan agama untuk borang 4p tu takda mention tak boleh tapi saya baca blog lain katanya pemohonan dah tak diterima. Thank you huhu saya dh penat stress ni T_T

    1. mohon cik rujuk di Imigresen untuk pengesahan. jangan dengar cakap orang atau jika baca blog pastikan berita itu betul. pergi sendiri bertanya ke saluran yang betul untuk sahkan info tu.

  24. Assalammualaikum saya warga negara malaysia saya punya calon orang indonesia dia ade pasport pelancong sahaja so mcm mne proses untuk berkahwin,saya perlu berkhawin di indonesia atau di malaysia?

    1. Waalaikumusalam. Passport pelancong dibolehkan berkahwin di Malaysia. Perlu minta kebenaran di Pejabat Imigresen.

  25. orang sabah

    hi nak tnya, kalau dia xde kad pengenalan tpi ada surat beranak dan sdh lama menetap di malaysia tp still xda ic disebabkan ibu bkn wrganegara dan ayah ialah wrganegara. so ini dikira sebagai apa? masih boleh kawin?

    1. syarat nak kahwin salah satu mesti ada dokumen pengenalan diri yang sah. pergi ke jabatan pendaftaran negara untuk rujuk perkara ini.

  26. Hi,,encik,,
    Saya mau khawin warga Indonesia.
    Pasangan saya harus Gina e visa ya,,pelancong,,masuk Malaysia,1 bulan ya..
    Process khawin cukup ke 1 bulan

  27. Hi, saya nak tanya, jika berkahwin dengan PEREMPUAN warga asing (Saudi) pemegang PLKS adakah mereka juga perlu melalui proses cooling period?

  28. Bakal suami saya warga Pakistan,currently working in Dubai.Saya nak tanya,single certificate tu dapatkan dari mana? Pakistan?

    1. ya single certificate tu kena dapatkan dari negara dia dan pengesahan cop dari MOFA. untuk pertanyaan, maklumat lanjut boleh join grup perbincangan di telegram

  29. nurul anisya

    Assalamualaikum nak tanya , saya perempuan Malaysia nak kahwin dengan lelaki indo pemegang visa pelajar , tapi kad pengenalan indo dia takde , dia ada surat beranak je.. kalau pergi imigresen mintak kebenaran nak kahwin boleh ke tanpa kad pengenalan indo?

    1. Waalaikumusalam boleh
      Dokumen yang perlu disertakan untuk kebenaran berkahwin :
      a) Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon
      b) Dua (2) keping gambar (bersaiz pasport) pemohon dan pasangan setiap
      seorang
      c) Satu (1) salinan fotostat Pasport / One (1) copy of Passport (included
      pages with endorsement) bagi warganegara asing

  30. Assalamualaikum admin, Saya warganegara Malaysia. Calon Saya orang Asing Dari India dan ada permit pekerja . Memang Orang Islam. Nak tanya Selepas Tamat Permit Kerja dia kena balik negara dia dulu ke ?. And then datang sini balik ? .or tanya Imegresen dulu mcm mana ? . Contoh kalau permit kerja tamat Bulan 12. Bulan berapa baru boleh nak process semua ye ?

      1. Assalamualaikum Admin, klu pasangan saya org pakistan , surat bujang dia berpa lama valid ,sbb dia masih di negaranya,,surat bujang dah urus tpi masi di negara nya ,,berapa lama jangaka masa surat bujang dia..tq..

        1. Waalaikumuusalam. Setahu saya surat bujang tidak ada expiry date. pastikan ada pengesahan dari badan berkaitan

  31. Kak nk tanya Klau lepas kawin dengan warga lelaki Indonesia ,dia boleh Keja dekat Malaysia lagi ka? Kenapa pakai pass apa pulak? Berapa lama boleh menetap di Malaysia?

  32. MS. Karen A

    Hello Admin.
    Untuk mohon surat Kebenaran Kahwin dari Immigration, apakah Warganegara malaysia yg kena mohon? Dan… Apakah proses ini lama?

  33. Hello Sist Admin,
    Warganegara malaysia ke yg kena apply mohon surat Kebenaran kawin dari Immigration tu?
    Dan.. Lama ke urusan tu?

    Terima Kasih ????

  34. Hello, saya tinggal di Iran, bolehkah saya memohon visa perkahwinan dengan warganegara Malaysia dengan visa pelancong yang sah selama 14 hari?

  35. Salam..saya nak tanya min,macam mana prosedur urusan untuk menikah dengan pemegang kad mykas..kedua ibu bapa nya warga indonesia telah meninggal dunia..dan tidak diketahui latar belakangnya..tapi pemegang kad mykas ni dilahirkan dimalaysia..dan mempunyai ibu angkat yang telah mengambilnya sewaktu masih bayi..dan ibu angkatnya itu pun sudah meninggal dunia..minta sedikit ilmu dari admin berkenaan hal untuk pernikahan ini..saya lelaki warga Malaysia..mohon pencerahan admin..

    1. pasangan pemegang mykas adalah bukan warganegara. jadi kena rujuk kebenaran bernikah di pejabat Imigresen terdekat.

    2. Asalam,saya Bru nikah luar negara tetapi tanpa kebenaran,tetapi dokumen lengkap, bagaimana cara pendaftaran dan Suami perlu visa cam mana

  36. assalamualaikum , saya perempuan, dan bakal suami saya mmng tiada ic tp dia mmng dari lahir di malaysia , dia cuma ada surat lahir yg tak terurus dari kecil , mmng kbanyakkan di sabah begitu , jd mcam mana pulak urusan dia kalau mcm nii?

    1. waalaikumusalam. untuk proses kahwin mesti ada dokumen pengenalan diri. boleh rujuk jabatan pendaftaran negara berdekatan.

      1. mAsni binti zaniuri

        Saya ada masalah nak kawin kan anak saya ni….macam mana saya nak uruskan ank saya ni warga Malaysia dan pasangan nya pulak warga Dr negara Indonesia???

  37. mAsni binti zaniuri

    Saya ada masalah nak kawin kan anak saya ni….macam mana saya nak uruskan ank saya ni warga Malaysia dan pasangan nya pulak warga Dr negara Indonesia???

  38. 1) perempuan tu warganegara indonesia dan kristian. Kalau dia nak masuk islam kene pergi perjabat agama malaysia ke mcm mna?? Adakah kena masuk islam di indonesia dulu atau mcm mne??

    2) boleh bg thu mcm mne cara nak nikah dan ape perlu dibuat??

    3) kalau kahwin di indonesia, mcm mne nak daftar surat nikah di malaysia??

  39. Asalam,saya Bru nikah luar negara tetapi tanpa kebenaran,tetapi dokumen lengkap, bagaimana cara pendaftaran dan Suami perlu visa cam mana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top