Cara Mohon Visa Ke Bangladesh

by admin
1.4K views

Dah lama aku tak menulis di blog aku. Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana cara nak masuk ke Bangladesh? Perlu mohon visa ke?

Cara Mohon Visa Ke Bangladesh 4

Ya perlu. Kalau orang sana datang Malaysia kena mohon visa pelancong begitu juga jika kita nak pergi ke negara Bangladesh perlu mohon visa juga.

 

Anda tidak boleh terus walk in ke High Commission Bangladesh di Kuala Lumpur untuk memohon visa. Sebelum ke sana, anda perlu memohon dulu visa secara online di web https://www.visa.gov.bd

 

Anda boleh mohon visa secara single entry ataupun multiple entry.

 

Isi kesemua borang secara online, ikut arahan yang diberikan. Save dulu apa yang anda telah isi. Buat bayaran caj visa dahulu di mana-mana kaunter Maybank secara manual ke nombor akaun High Commission Bangladesh sebelum anda submit borang yang dah diisi online.

 

Tunggu approval. Lepas sistem dah approved baru boleh printkan semua borang yang dah diisi. Dokumen lain yang perlu adalah

  • resit bayaran visa
  • passport original
  • gambar berukuran pasport 3 keping
  • surat jemputan dari wakil di Bangladesh (perlu nyatakan no pasport dan no ID wakil di sana di dalam surat serta lampirkan sekali salinan passport dan ID wakil di Bangladesh). Macam aku, aku gunakan husband aku dalam surat jemputan sebagai sponsor selama aku berada di sana.

 

Bagi yang bertujuan ke Bangladesh untuk berkahwin, anda perlu lampirkan surat jemputan dari syarikat anda bekerja dan nyatakan tujuan anda ke sana adalah atas urusan kerja/bisnes.

 

Jangan nyatakan yang anda pergi untuk berkahwin selain jika anda ada surat kebenaran berkahwin di luar dari Jabatan Agama Islam.

  • dokumen  sokongan lain yang seperti sijil nikah, penyata bank dan lain lain yang berkaitan. (Sijil nikah hanya untuk pasangan yang berkahwin dengan warga Bangladeshi).

 

Buat 2 salinan untuk semua dokumen. Sediakan yang original dan salinan ( 2 set). Rujuk dulu High Commission apa dokumen sokongan lain yang diperlukan untuk memohon visa.

 

Seperti kes aku, aku dikehendaki membawa sijil nikah dari Malaysia dan Bangladesh, surat jemputan dari wakil family husband saya di sana sebagai dokumen sokongan. Ada kes lain perlu lampirkan penyata bank.

 

Bawa semua dokumen ke High Commission Bangladesh yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra. Sila google alamat penuh.

 

Submit sebelum pukul 1 petang dan visa akan siap dalam masa 3 hari waktu bekerja. Visa boleh ambil pada waktu antara jam 4 – 5 petang.

Cara Mohon Visa Ke Bangladesh 5

Cara Mohon Visa Ke Bangladesh 6

Jadi bagi yang dari luar Kuala Lumpur, anda perlu rancang dan pastikan semua dokumen lengkap sebelum dihantar ke High Commission.

Dah siap visa, barulah boleh beli tiket flight.

 

Updated : 20 / 10 / 2023

Kepada semua para pembaca yang saya hormati, insyallah saya akan publish satu page khas berkenaan segala pertanyaan & penyelesaian yang sedang anda ajukan kepada saya. Sementara itu bolehlah anda respon ruang di ruang komen dibawah supaya saya boleh update kedalam page khas yang akan saya publishkan nanti 🙂

 

join

You may also like

24 comments

Fyraaaa 25/10/2022 - 8:24 pm

Harga nak kena bayar berapa ye ?

Reply
admin 29/01/2023 - 12:19 pm

sekarang harga visa dah naik. ada utk single entry dan multiple entry. masa saya mohon saya bayar rm141 utk multiple entry.

Reply
SHERA IDRIS 22/02/2023 - 9:59 am

rm156 / single entry

Reply
admin 07/03/2023 - 12:59 pm

dah naik harga huhuu

Reply
admin 07/03/2023 - 1:00 pm

sekarang harga rm156 untuk single entry

Reply
Santi 01/12/2022 - 6:27 am

Assalamualaikum puan,saya kurang faham isi online…boleh tolong ajar?terima kasih

Reply
admin 29/01/2023 - 12:18 pm

mcm mana nak explain ya. saya x ajar cara nak isi borang online permohonan visa.

Reply
admin 07/03/2023 - 1:01 pm

maaf ya saya x ajar. boleh buat sendiri je senang…isi saja details dalam borang online tu

Reply
Ilyni 10/12/2022 - 12:28 am

surat jemputan dari wakil family husband sis ada contoh x surat tu … Nak tengok …

Reply
admin 29/01/2023 - 12:16 pm

ada. sy masih simpan cth surat jemputan yg saya buat dulu.

Reply
Ilyani 25/11/2023 - 12:50 am

Boleh ke hantar contoh ke email sy sis ??

Reply
Hana 19/01/2023 - 9:56 am

Salam, saya ada beberapa soalan nak tanya;

1. Untuk buat visa tu, kena bawa document ke pejabat di Bangladesh High Commission di Jalan Yahya Petra atau di Passport Application and Receiving Center di Ampang?
2. Gambar tu berlatar putih atau biru?

Reply
admin 29/01/2023 - 12:15 pm

di jalan Petra Yahya. Gambar mana2 background boleh putih atau biru.

Reply
ERMALIZA BINTI NASIR 14/02/2023 - 7:41 pm

slaam sis nak contoh surat jemputan boleh?sy x tau nak buat mcm mana

Reply
admin 07/03/2023 - 1:02 pm

boleh google banyak contoh surat jemputan

Reply
Munerah 31/03/2023 - 10:23 pm

Pnglaman sy .. isi lh borang online nk apply visa plncong .. salinan booking hotel ngn tiket flight mcm yg d minta dlm website tu lh .. print siap borang .. p lh pjbt embsy kt KL tu .. depa mntak stetment bnk lh surat cuti dr tmpt keja lh .. jem otak ? .. dlm website xmntak pn .. alih2 p juga bangladesh .. p bt visa kt airport dhaka ?

Reply
admin 01/05/2023 - 5:27 pm

hehehe ia tengok la pegawai mana berurusan. Dalam web list dokumen lain. Sampai Embassy diminta lagi tambahan. Terbaru ialah bagi perempuan yang pertama kali nak ke Bangladesh embassy minta penyata bank dalam bank mesti ada baki 20k. Rata2 yang pergi ke sana adalah tujuan nak bernikah disebabkan pasangan mereka pemegang permit kerja.

Reply
Ilyani 13/11/2023 - 12:36 am

Sis boleh bagi contoh surat jemputan untuk apply visa

Reply
admin 13/11/2023 - 4:08 pm

maaf contoh surat jemoutan sy tak publish. boleh beli ebook proses kahwin warga asing di malaysia harga rm99. wassap 0199606363

Reply
Tina 06/10/2023 - 6:43 pm

Salam kak,sy nk masuk sebagai pelancong perlu ke duit banyak dlm bank

Reply
admin 20/10/2023 - 9:06 am

sekurang-kurangnya 15k dan cukup perbelanjaan poket di sana. untuk ke grup discussion boleh klik link sini

Reply
admin 13/11/2023 - 4:28 pm

setiap negara yg memerlukan visa untuk memasuki negara nya perlu ada penyata bank yang kuat. cukup untuk perbelanjaan sepanjang di sana. untuk ke Bangladesh mestilah minima rm15,000.

Reply
Tina 06/10/2023 - 6:44 pm

Salam kak,sy nk msk sebagai pelenconng duit brp ya nk dlm bank

Reply
admin 20/10/2023 - 9:07 am

sekurang-kurangnya 15k dan cukup perbelanjaan poket semasa di sana. untuk ke grup discussion boleh klik link

Reply

Leave a Comment