Tips Susun Dokumen Jualan Di Shopee

by admin
145 views
Bagi yang berniaga di Shopee. Saya kongsikan bagaimana menyusun dokumen jualan anda.
1. Printkan statement income anda dan masukkan ke dalam fail. Anda boleh print secara weekly atau monthly.
Caranya pergi klik seller centre > my income > masukkan password > statement income.
Tips Susun Dokumen Jualan Di Shopee 8
2. Printkan invoice income juga. Anda boleh lihat bahagian ini di bawah ruangan statement income. Anda boleh print secara weekly atau monthly.
3. Buat copy setiap waybill yang anda print. Masukkan ke dalam fail. Waybill ni adalah data customer anda. Penting untuk anda rekod.
Kalau nak tengok rekod yang lepas, anda klik di bahagian My shipment > all atau completed. Di sini anda boleh lihat senarai order yang anda dah buat shipping.
Tips Susun Dokumen Jualan Di Shopee 9
Dokumen di atas hendaklah disusun mengikut bulan. Buat penanda atau divider gunakan kertas berwarna.
Labelkan fail anda ‘Shopee’. letak logo syarikat anda di atas dan tahun di bawah logo.
Anda boleh juga save dulu dalam folder di Google drive. Bila nak submit ke akauntan barulah anda print semua.
Semoga bermanfaat.

You may also like

Leave a Comment