Cara Nikah Dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja Atau PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara)

Seperti sedia maklum, undang-undang Imigresen tidak membenarkan warga asing pemegang permit kerja atau PLKS berkahwin dengan mana-mana warganegara di Malaysia.

 

Kalau nak nikah juga dengan warga asing pemegang PLKS, dia perlu menamatkan permit kerja dia dahulu, kemudian balik ke negara asalnya. Untuk pengetahuan umum, hanya majikan saja yang boleh membatalkan permit kerja (PLKS).

 

Untuk membolehkan perkahwinan berlaku antara warga asing dan warganegara Malaysia, ada 2 pilihan:-

  1. Batalkan permit kerja dan balik ke negara asalnya dan lakukan cooling period selama 6 bulan. Tempoh ini berkuatkuasa dari tarikh yang tertera di check out memo.

 

Kemudian masuk semula ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial (visa pelancong).

 

Pas lawatan sosial ini diberikan selama 30 hari dan pemegang permit kerja perlu membeli tiket pergi dan balik selain dokumen lain perlu disertakan untuk permohonan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia.

 

Kemudian ikutlah undang-undang Jabatan Agama Islam setiap negeri untuk proses perkahwinan di Malaysia.

2. Pergi ke negara pasangan dan nikah. Balik Malaysia semula dan buat daftar nikah di negara asal itu di Pejabat Agama di tempat mastautin.

 

Proses pendaftaran nikah di luar negara perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh nikah untuk mengelakkan dari dikena denda.

 

Tapi perlu tahu ya, perkahwinan di luar negara tanpa izin dari Jabatan Agama Islam negeri juga akan dikenakan denda.

 

Untuk pilihan nombor 2 di atas, pemegang PLKS boleh membatalkan permit dia selepas berkahwin dan masih perlu menjalani cooling period selama 6 bulan dari tarikh check out memo dikeluarkan di negara asal dia.

 

Semoga membantu.

 

join

6 thoughts on “Cara Nikah Dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja Atau PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara)”

  1. salam, kalau ada kes mahkamah tapi special pass satu bulan je. boleh ke mohon sambung special pas?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top