Bagi situasi pasangan yang merancang bernikah di negara pasangan disebabkan beberapa alasan yang tidak membolehkan anda dan pasangan berkahwin di Malaysia. Terutama jika pasangan anda adalah pemegang PLKS (permit kerja). Jadi di sini saya bagi panduan dari pengalaman saya sendiri berkahwin di Dhaka, Bangladesh kerana suami saya pada ketika itu adalah pemegang PLKS.
Apa langkah-langkah anda kena buat?
Ada 2 situasi anda boleh pilih sebelum anda pergi bernikah di luar negara.
- Minta kebenaran dari pejabat agama/Jabatan Agama Islam Negeri.
- Terus pergi tanpa kebenaran dari pihak berwajib iaitu Jabatan Agama Islam Negeri
Saya nasihatkan anda buat permohonan kebenaran bernikah di luar negara terlebih dahulu di pejabat agama terdekat untuk mengelakkan anda dikenakan denda kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran.
Anda dan pasangan boleh bernikah di mana-mana negara selagi mana perkahwinan itu sah di sisi agama Islam dan undang-undang negara berkenaan. Pastikan anda mendapat sijil nikah atau surat perkahwinan yang sah dari negara tersebut.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI LUAR NEGARA
Bagaimana cara?
- Pergi ke kaunter pertanyaan di Jabatan Agama Islam Negeri dan ambil borang kebenaran berkahwin di luar negara. Isi maklumat yang diminta.
- Sertakan dengan dokumen lengkap di bawah
__________________________________________________________
- Sijil kursus kahwin (tak wajib bagi warga asing)
- Sijil cerai (jika pernah berkahwin dan bercerai)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan passport pasangan
- Surat test HIV
- Surat wakalah wali (jika wali tidak dapat ikut pergi ke luar negara) dan surat wali ini hendaklah kemukakan 2 orang saksi dan wali kena serah wakil wali di depan pendaftar pejabat agama
- Surat akuan Bujang (lelaki). Pasangan perlu mendapatkan surat akuan bujang ini daripada pejabat Kedutaan Bangladesh di Malaysia.
- Surat kebenaran poligami. Jika pasangan sudah berkahwin dan mempunyai isteri di negara dia maka dia perlu mengemukakan surat kebenaran berkahwin dan ditandatangani dari isterinya/afidavit di sana. Surat ini boleh dapatkan daripada Government of The Peoples Republic of Bangladesh – sijil ini dipanggil Notarial Certificate seperti surat nikah.
- Semak dan tanya berapa bayaran yang dikenakan. Di Ipoh Perak, semasa saya mengambil kad nikah saya di sana, bayaran RM5 dikenakan untuk 1 borang kebenaran berkahwin di luar. Bayaran kad nikah pula adalah RM20 untuk sekeping kad.
Proses untuk dapatkan kelulusan kebenaran berkahwin di luar negara bergantung kepada pejabat agama daerah dan mengikut budi bicara pegawai yang bertugas.
Ada case study di Terengganu, kelulusan kebenaran berkahwin di luar negara hanya mengambil masa sehari.
Dah dapat surat kebenaran, anda dan pasangan bolehlah merancang bila dan majlis nikah di luar negara. Anda perlu memohon visa pelancong di pejabat Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur untuk memasuki negara Bangladesh.
Seterusnya setelah mendapat kelulusan kebenaran dari pejabat agama, anda boleh memohon visa untuk ke Bangladesh. Boleh rujuk posting ini cara memohon visa ke Bangladesh. https://zunaidahhadi.com/cara-mohon-visa-ke-bangladesh/
Pastikan urusan perkahwinan di sana sudah siap sebelum anda sampai dan terus jalankan majlis akad nikah seperti yang telah dirancang.
Semoga dapat membantu. (bersambung)