Followers di Instagram

by admin
112 views

Followers di Instagram 7

 

Kali ini saya nak cerita topik followers.

Followers amat penting di Instagram kerana dari sini lah audien akan bertukar menjadi prospek dan seterusnya pelanggan.

Bagaimana nak menaikkan targetted followers, real followers dan kesemua followers bukanlah di kalangan seller dan budak sekolah. Tetapi harus ingat seller juga adalah pembeli.

Okay saya bagi tips di bawah.

Letakkan diri anda sebagai pembeli. Jika anda nak beli tudung sebagai contoh, anda mesti search #tudungmurah atau #tudung atau #shawl dan sebagainya kan?

Tengok apa IG yang akan keluar dari pencarian search. Lihat satu satu dan tengok IG mana paling top followers dia.

Contoh @tudungkekaboo @tudungruffle @tudung_balqis @sarahabdullahapparel
antara Instagram famous dalam niche tudung.

So anda boleh pergi ke IG IG ini dan copy followers mereka. Lihat juga likers di post mereka. Ambil yang 5 post terkini. Di situ juga anda boleh copy followers.

Kenal pasti dulu apa pantang larang ketika lakukan proses follow ini. Instagram hanya membenarkan follow 150 – 200 orang sahaja dalam satu masa. Dan saya sarankan anda follow 100 orang sahaja memandangkan algo Instagram kini cepat berubah.

Pastikan juga followers ini real ya bukan fake. Nanti saya terangkan dalam next artikel bagaimana nak kenal pasti followers real dan fake.

Naluri hati kan bila kita suka sesuatu kita akan like dan follow betul betul.

Time pula masa tu kita memang niat nak beli. Mesti kita komen kan untuk tahu lebih info bagaimana nak dapatkan produk tersebut.

Jadi rajin rajin tengok komen juga, yang rajin komen ni lah potensi menjadi bakal pelanggan anda. Anda kena hias cantik cantik dulu kedai anda.

Banyakkan perkongsian info tentang produk, video yang menarik dan sebagainya.

Okay kita sambung topik ini di next artikel ya.

Ada banyak strategi sebenarnya untuk mendapatkan targeted followers mengikut niche produk.

You may also like

Leave a Comment