[social_media_link]
Buat buku planner sendiri
Masa jual kereta dulu, syarikat insurans bersepah berikan planner atau diari setiap tahun pada jurujual.
Bila jadi usahawan, kau pandai pandailah cari sendiri. Nak puas hati lagi, buat sendiri senang. Boleh buat mengikut kreativiti dan kesesuaian yang kita mahu. Susah nak cari buku yang dalamnya kertas kosong.
Macam tahun tahun yang lalu, saya beli dan recycle buku yang tak diguna dan setiap buku tu saya buat 1 buku syukur, 1 buku things to do, 1 buku impian, 1 buku action plan, 1 buku belanja harian dan sebagainya. Banyak pulak buku haha.
Untuk 2018, untuk memastikan susun atur dan rancangan lebih mudah dan tersusun, saya buatkan satu buku je dan dalamnya saya sortkan kepada 7 bahagian atau topik utama dan setiap bahagian di dalamnya saya tandakan dengan kertas warna yang keras. Dan saya pilih warna oren.
7 bahagian itu saya bahagikan kepada
1. IMPIAN
Di bahagian ini saya akan senaraikan 10 impian besar pada 2018 dan tulis impian tersebut dan ulang baca setiap hari.
2. THINGS TO DO
Di bahagian ini senaraikan perkara perkara yang perlu dibuat pada hari tersebut. Listkan setiap hari juga.
3. BUSINESS PLAN
Di bahagian ini, senaraikan tindakan tindakan penting yang mesti dibuat pada hari tersebut. Listkan juga setiap hari. Di sini saya listkan aktiviti bisnes pasukan.
4. IDEA
Jika tiba tiba spontan mendapat idea, saya akan tulis di bahagian ini.
5. NOTA-NOTA LAIN
Di bahagian ini saya akan catitkan nota nota penting setiap kali kelas, bengkel atau seminar yang akan dihadiri pada 2018.
6. SYUKUR
Sebelum tidur, saya nyatakan apa perkara yang disyukuri pada hari tersebut.
7. PERBELANJAAN HARIAN / BUDGET
Setiap kali berbelanja, dapat duit dari langit ke saya akan catitkan di bahagian ini.
Buku planner ini ada 130 helai kertas kosong. Guna kertas A4 je. Dan cover depan, saya guna kertas keras warna putih.
Saya buat saiz B5 supaya mudah nak bawa ke mana-mana. Kalau buat saiz A4 agak besar. Jika helaian tak cukup boleh ditambah dari semasa ke semasa.
Nanti muka depan tu, saya lukis lukis sikit ke, conteng guna pen berwarna atau lekatkan kalendar 2018 yang kecil ke. Bagi nampak cantik dan ceria. Takdalah kosong je cover depan tu. Hehe.
Anda boleh ikut cara ini. Kalau malas nak buat, saya boleh tolong buatkan dan hantar planner ini terus ke depan pintu rumah anda.
Have fun. ?
[social_media_link]