[social_media_link]
Ramai di kalangan pengguna Instagram tidak tahu sejarah permulaan Instagram. Okay.
Instagram adalah satu platform media sosial yang membolehkan kita berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan kita tanpa sempadan.
Instagram dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan dilancarkan pada Oktober 2010. Kemudian Instagram telah dibeli oleh Facebook pada April 2012. Bermula itu, akaun Instagram anda kini boleh dilinkkan terus direct ke Fan Page anda.
Instagram boleh diaccess melalui smart phone dan web browser. Oh ya perlu diingatkan, untuk daftar satu akaun Instagram hanya gunakan satu emel sahaja. Dan pastikan emel tersebut tidak pernah didaftarkan mana-mana akaun Instagram lain.
Untuk smart phone anda boleh like, komen, follow, unfollow, DM dan upload picture serta video. Durasi untuk video hanya seminit sahaja. Dalam satu masa anda boleh create maximum sehingga 5 akaun Instagram.
Jika anda ada lebih dari 5 akaun Instagram, anda boleh gunakan aplikasi Multiple Accounts (download di Playstore) dan untuk pengguna android sahaja, untuk mengaccess 5 akaun Instagram yang lain. Jadi total kesemuanya 10 akaun Instagram.
Anda juga boleh access Instagram melalui web browser. Anda boleh like, komen, follow, unfollow dan upload gambar.
Jika ditanya apakah url akaun Instagram anda? Contoh url
https://www.instagram.com/usernameanda (masukkan username Instagram)
https://www.instagram.com/zunaidahhadi
Cara mengupload gambar dari desktop.
Ikut step di bawah ini.
1. klik http://bit.ly/loginigviadesktop
2. klik added to chrome ( tengok butang sebelah kanan atas screen)
3. klik icon di ruangan sebelah browser. (atas sebelah kanan screen anda)
4. klik sign in, masukkan username and password.
5. pergi balik browser tadi.
6. Klik reload.