Profil

by admin
96 views

[social_media_link]

Bismillah…

Anak ketiga daripada 7 orang adik beradilk. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh. Bersekolah di Ipoh dan kemudian melanjutkan pelajaran di di Akademi Seni Melaka dalam bidang seni peringkat Diploma. Kemudian melanjutkan pengajian Ijazah di Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang yang sama.

Pernah menjadi Penolong Pengarah dalam acara Final Year Arts Exhibition serta Pengurus Pentas untuk beberapa drama pementasan semasa di Tahun Akhir universiti. Walaupun pada masa dulu bergiat aktif dalam bidang seni namun selepas graduate, beliau terus terjun dalam bidang jualan kereta. Segala aktiviti seni ditinggalkan.

Seorang yang berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran di salah sebuah syarikat automotif jenama terkemuka di Malaysia dan 2 tahun dalam bidang yang sama di sektor perbankan.

Memulakan perniagaan online pada tahun 2014 di Instagram yang meliputi servis dan training. Pernah dijemput sebagai tenaga pengajar Instagram.

PENGALAMAN MENGAJAR

(Media Sosial – Instagram)

2017 – 2018

  1. Sejagat Global Resources
  2. Halagel (M) Sdn Bhd
  3. Lazz Ain Marketing – Produk Lazz Susu Kambing
  4. Anjung Unimap HQ – Pendidikan
  5. QSHK Ventures Sdn Bhd – Produk Dermags
  6. Pytorich Global Sdn Bhd – Produk Slimmewhite
  7. Viral Insta Academy (Online) – 68 pelajar
  8. Affiliate Program – Produk Digital (Ebook Instagram)
  9. Pemasaran Asas Instagram (Online) – 2700 pelajar yang terdiri daripada usahawan pelbagai bidang
  10. Amle Holdings Sdn Bhd – Produk Teh Ais Pyorr
  11. Mary Kay – Team Ipoh
  12. Pengusaha Restoran – @chillexconceptcafe, @kelapa_lelehhhkampor, @garajtomyam

Pernah menghadiri banyak seminar keusahawanan dan bengkel serta kelas-kelas bisnes kecil.

Beliau adalah antara usahawan yang pernah terpilih ke peringkat separuh akhir ‘pitching’ program Superb Q2 di bawah Teraju pada tahun 2014 dan ditayang di Astro Awani.

Kini beliau membantu suami menguruskan 2 buah kedai serbaneka di Muar dan Johor Bahru, sambil membuat servis perkhidmatan membantu peniaga atau usahawan dalam mensistemkan dokumen perniagaan mereka dengan teratur dan tersusun. Dengan pengalaman beliau berkahwin dengan suami (warga Bangladesh) beliau tampil berkongsi maklumat dan info di sosial media panduan berkahwin dengan warga asing di Malaysia (pemegang PLKS).

Antara syarikat/organisasi dan pertubuhan yang pernah beliau bantu dalam pentadbiran serta penyusunan dokumen juga filing adalah:

  1. Pertubuhan Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) 
  2. Pusat Maahad Tahfiz Al-Barqiy Perlis
  3. Amlee Holdings Sdn Bhd 
  4. Paridah Empire
  5. Abad Dali Trading

[social_media_link]

 

Leave a Comment