Pengurusan Akaun Instagram Yang Berkesan Berikan Jualan Yang Organik

by admin
101 views

Mengapa saya kata organik? Sebab bila kita urus Insta dengan konsisten, setiap hari kita post gambar, content, testimoni, insta story, IGTV secara tak sedar ia akan mendatangkan jualan tanpa kita lakukan pemasaran berbayar di Instagram.

Ok di sini saya nak kongsikan tips apakah content-content yang sesuai dan boleh buatkan audien berhenti scroll dan melihat post di akaun Instagram anda. Dan boleh menyumbang jualan secara harian sampai jari anda lenguh nak reply DM.

Ni based pada pengalaman saya menguruskan akaun Instagram dalam niche restoran selama setahun. Followers asal dari 693 mencecah naik ke 20.5k followers secara organik Anda boleh lihat screenshot di atas adalah sebahagian kemasukan leads yang DM.

Untuk mendapat jualan yang berterusan, anda mesti pandai mengurus dan sabar serta konsisten membina content. Anda boleh buat perkara di bawah ini.

  1. Rancang dan susun dulu content apa nak post. Supaya setiap hari anda tak blur nak post apa.
  2. Brainstorm idea, fikirkan dulu benda-benda atau perkara yang berkaitan dengan makanan. Buat research dan explore contoh-contoh Instagram restoran yang lain. Ambil idea dari situ.
  3. Listkan semua cuti-cuti umum di Malaysia. Allias dengan designer. Biasa restoran ada own designer dia sendiri.
  4. Minta semua gambar setiap menu makanan dan minuman di restoran tersebut. Kat sini saja dah berpuluh post boleh up. Boleh recycle semula bila post lama dah ke bawah.
  5. Susun post tu bagi cantik, meriah. Anda boleh guna aplikasi 9 square sebagai contoh. Kat sini berapa dah post yang anda boleh up.
  6. Aktiviti-aktiviti di restoran.
    Contoh pelanggan tengah makan, gambar keseluruhan suasana di restoran. Aktiviti di dapur macam chef tengah masak ke, tengah mengemas ke, tengah setting meja ke.
  7. Teaser berkenaan restoran tersebut.
  8. Logo atau brand restoran. Post ni boleh repeat berulang kali.
  9. Map ke lokasi restoran
  10. Close notification, pemberitahuan waktu operasi perniagaan.
  11. List harga menu
  12. Resipi masakan
  13. Repost IG customer yang tag Instagram anda. Sebagai tanda kita menghargai pelanggan yang datang dan mempromosi restoran kita secara percuma.
  14. Post santai seperti teka teki, tips bisnes, adab adab seperti doa yang berkaitan dengan bisnes kita.
  15. Wish morning dan night
  16. Tips-tips semasa bulan Ramadhan
  17. Video review dari pelanggan, food blogger ke.
  18. Keratan akhbar jika restoran anda pernah masuk paper ke.
  19. Testimoni atau komen feedback dari pelanggan.
  20. Ucapan terima kasih kepada followers. Contoh thank you to 10k followers. Haa yang ni boleh up jika Instagram anda dah capai bilangan followers tersebut. Boleh buat untuk 10k, 20k, 30k dan seterusnya. Kan dah banyak gambar kan boleh post.

Pastikan anda banyak membaca, mengkaji apa yang berkaitan dengan produk anda itu. Mula membina content.

Content content di atas ni anda boleh buat dalam bentuk video selain gambar.

Susun untuk setahun. Rancang awal. Jadi bila nak post, anda tak blur lagi apa nak post sebab anda dah susun dari awal. Dan kita pun menyenangkan kerja designer. Dan anda telah menjimatkan masa.

Setiap post tu siapkan caption yang ringkas. Instagram tak perlu copywriting yang panjang. Apa yang penting adalah gambar mesti sharp, cantik dan menarik.

Listkan siap-siap hashtag yang berkaitan. Kalau takda idea nak guna hashtag apa, kaji di bahagian search ruangan hashtag. Anda taip keyword apa yang berkaitan dengan perniagaan kita.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

You may also like

Leave a Comment