Bila Mengurus Pasukan, Buat Benda Ni!

by admin
160 views

Apabila membina pasukan pastikan ada perkara di bawah. Saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman yang saya hadapi ketika dalam pasukan.

Saya tak tulis suka-suka. Majoriti bila membina pasukan dengan perjanjian mulut, semua buat hangat hangat tahi ayam. Suka ubah plan. Cakap membabi buta tanpa fakta. Takda due date, komitmen tidak diberikan 150%.

Kesian dan tidak adil pada yang ahli pasukan yang memberi komitmen. Sanggup stay up, sanggup korban masa. Tetapi dapat profitĀ sama-sama.

So ini tips yang boleh anda praktikkan. Apa perkara kita mesti buat bila membina pasukan.

1. Lantik seorang leader dan pastikan leader tersebut berkaliber mengemudi pasukan dan tegas. Jika tak lantik leader, semua ahli pasukan suka bertindak melulu dan sukahati mengubah plan apa yang telah dirancang sebelumnya.

Masing-masing rasa dialah ketua. Dia buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan ahli pasukan yang lain.

2. Ada dokumen perjanjian. Paling mudah buat Project Charter. Dalam Project Charter nyatakan nama projek, matlamat projek, milestone, jangka masa projek dan nama team yang terlibat serta role masing-masing. Setiap team turunkan tandatangan tanda bersetuju.

Ini boleh dijadikan senjata jika ada penyelewengan duit dan sebagainya.

3. Rancang perjalanan projek. Mudah jika kita listkan dan bina chart dalam WBS (Work Breakdown System). Setiap perkara, listkan apakah tindakan, siapa yang bertanggungjawab dan peranan masing-masing. Berikan action log list pada setiap team. Tetapkan due date untuk setiap tindakan.

4. Tetapkan berapa kali perjumpaan/meeting. Setiap kali meeting, buat agenda meeting sebelum meeting dijalankan dan minit meeting selepas meeting dijalankan. Dari sini, kita dapat rasa dan progres perjalanan projek.

Buat 4 perkara ini, inshaAllah jika ketua betul, masing-masing nampak big picture projek tersebut. Matlamat dapat direalisasikan dan semua pasukan tidak akan ada rasa berat sebelah, dipinggirkan, rasa tak berbaloi, buang masa dan sebagainya.

Ingat ya, ada antara pasukan tu kita nampak dia sangat komited, ada yang amat perlukan duit, sanggup habis masa untuk beri komitmen, ada yang nak beri anak bini makan. Dia sanggup tolak job lain semata-mata nak fokus di sini. Cuba bayangkan projek dah berjalan tapi tak habiskan. Sekerat jalan.

Leader kena tahu ambil berat permasalahan setiap ahli pasukan.

Penat buat bila berjanji mulut ni. Manusia memang pandai berjanji. Hakikatnya…bila dah plan satu benda, asyik asyik tak jadi, tup tup keluar pulak idea baru.

Dalam bisnes tidak ada janji mulut. Ingat tu. Buatlah bisnes biar ada etika. Ada akad.

Kau nak bagi gaji kat anak orang pun mesti ada surat perjanjian. Takda orang sanggup buat kerja sukarela tanpa ada matlamat yang jelas.

Perut nak diisi. Bil kena bayar.

Jangan buang masa!

Semoga belajar sesuatu.

You may also like

Leave a Comment