Apakah Petty Cash?

Petty Cash ini adalah duit yang kita simpan dalam peti. Sebab tu nama dia Petty Cash. Kebiasaan dalam satu syarikat, setiap jabatan ada limit duit Petty Cash. Dulu dinamakan Petty Cash ni sebab duit tu nak selamat jadi orang letak dalam peti.

Tetapi hari ni ada orang letak Petty Cash dalam kotak kasut, dalam wallet khas, ada juga yang simpan dalam tool box kecil dan sebagainya.

Petty Cash ini adalah duit yang kita guna pakai hari-hari untuk pembelian harian. Contoh seperti membeli peralatan alat tulis pejabat, petrol, parking dan lain-lain. Bagi pemilik butik, pemilik kedai duit yang untuk tukar itu adalah Petty Cash.

Apa kepentingan Petty Cash ni dalam sesebuah syarikat?

  1. Petty Cash memudahkan supaya tak berlaku kena keluar duit dari bank setiap hari
  2. Petty Cash memudahkan pembelian dan memudahkan urusan.

Biasanya Pety Cash ditetapkan limit (jumlah perbelanjaan). Ada kedai yang Petty Cashnya sedikit dan ada kedai yang Petty Cash dia banyak.

  1. Petty Cash juga dapat menjangkakan berapa duit yang akan keluar setiap hari.

 

Rules mudah dalam perniagaan adalah, anda kena banyakkan wang masuk dan kurangkan wang keluar.

Fungsi Petty Cash ini adalah supaya kalau kita ada Petty Cash ini, adalah orang yang memang ada bajet. Berapa nak kena belanja. Tapi bagi orang yang tidak ada Petty cash biasanya dia akan belanja ikut sukahati.

Sebagai contoh “ Bos kata hari ni nak bawa staff makan tengahari. Bajet RM12 setiap orang.” Kenapa begitu? Sebab ada Petty Cash. Bukan bermakna kedekut, tapi dia mengawal dan mengikut perbelanjaan yang telah ditetapkan.

Biasanya syarikat-syarikat yang mempunyai Petty Cash, perbelanjaan syarikatnya akan lebih teratur dan lebih terkawal.

Keperluan Petty Cash ini:-

  1. Berbelanja ikut bajet
  2. Pengawalan wang keluar lebih tersusun.

Jadi di sini, syarikat dapat melatih team atau pasukan lebih efisyen, lebih berjimat dan lebih menghargai duit yang ada.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top