[social_media_link]
Artikel kali ini saya nak sentuh berkenaan SOP syarikat perniagaan. Bagaimana membina SOP atau Standard Operation Procedure yang berkaitan bisnes dengan anda dengan berkesan? Bila anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, perkara di bawah ini perlu diambil kira.
Dalam satu organisasi syarikat ada 6 jabatan sebagai contoh:
1. Pentadbiran
2. Sumber Manusia
3. Kewangan
4. Operasi
5. Pemasaran
6. Jualan
Dan setiap bahagian ini dipecahkan kepada dua, iaitu buat duit dan urus duit. Nanti saya huraikan lebih lanjut topik ini di artikel akan datang.
Okay, setiap jabatan ini harus diselaraskan dengan SOP yang berkaitan bagi memudahkan kerja dan selaras dengan misi atau visi syarikat. Bagi usahawan yang masih dalam fasa start up, anda hanya perlu menggariskan dan membina SOP berkaitan dengan aktiviti jualan sahaja. Kerana di fasa ini usahawan baru bermula dengan aktiviti jualan.
1. Pentadbiran
– SOP mesyuarat
– SOP merekod dan menyimpan stok
– SOP cleaner
– SOP utiliti
dan lain-lain yang berkaitan
2. Sumber Manusia
– SOP kedatangan pekerja
– SOP memohon cuti
– SOP temuduga pekerja baru
– SOP pengambilan pekerja baru
– SOP pembayaran gaji bulanan
dan lain-lain yang berkaitan
3. Kewangan
– SOP mengurus Petty Cash
– SOP merekod hasil jualan
– SOP mengurus tuntutan / claim
dan lain-lain yang berkaitan
4. Operasi
– SOP checklist
– SOP Pembungkusan
– SOP Postage
– SOP Pemprosesan
– SOP gerak kerja team
dan lain-lain yang berkaitan
5. Pemasaran
– SOP penulisan artikel/content
– SOP update gambar/video di Facebook atau Instagram
– SOP update artikel di Facebook
– SOP penulisan di Blog
dan lain-lain yang berkaitan
6. Jualan
– SOP pengesahan klien
– SOP merekod database pelanggan
– SOP kutip hutang supplier
– SOP jualan
– SOP closing
– SOP pembayaran produk
dan lain-lain yang berkaitan
Apa yang saya senaraikan di atas hanya asas saja dan tak semua perniagaan sama, bergantung kepada jenis perniagaan. Kesimpulannya di sini anda lebih tahu dan faham apakah keperluan dan aktiviti dalam bisnes anda.
Manfaat daripada SOP syarikat, anda akan dapat
- Mengawal aliran tunai
- Mudah delegasi tugas kepada team pasukan lain
- Bagi tujuan keselamatan
- Menstrukturkan bisnes anda dengan sistematik
Tips bila masa nak membina SOP syarikat, bila bermulanya gerak kerja dalam bisnes anda, setiap gerak kerja itu mesti di SOP kan dan jangan lupa dokumentasikan SOP. Tak tahu apa itu SOP, anda boleh google. Ok saya bagi contoh supaya anda senang faham bagaimana nak membina SOP. Okay katakanlah anda baru memulakan perniagaan tidak kira sama ada secara part time atau full time, perkara pertama anda buat adalah menjual. Betul?
Okay selepas anda dah tahu nak jual produk apa, anda mesti plan apa kena buat, bagaimana nak buat, jadi senaraikan dahulu aktiviti menjual anda, sebagai contoh, nak ambil stok, nak pos barang, nak rekod senarai pelanggan dan sebagainya.
Ok. Semoga berjaya.
[social_media_link]