[social_media_link]
Jom lihat bagaimana tugas pengurus jualan kenderaan di dijalankan tanpa pening kepala.
Bagi salesman di luar sana, terutama yang menjual kereta, saya kongsikan tips dan panduan mudah bagaimana anda menguruskan jualan kereta anda dengan berkesan.
Sememangnya sebagai penjual kereta melibatkan banyak dokumen. Ini kerana proses menjual kereta memakan masa yang lama, ada 3 bulan, ada 2 bulan, ada 7 bulan dan ada lebih lama daripada itu. Antara sebab-sebab proses membeli kereta memakan masa yang lama ialah;-
- Kelulusan pinjaman bank (Hire Purchase)
- Stok allocation
- Warna model kereta
- Pelancaran model baru
- Trade in kereta lama
- Nombor pendaftaran
berbanding menjual produk-produk fizikal yang lain di mana pembeli boleh terus mendapat produk selepas membuat bayaran penuh.
Perkara-perkara diataslah merupakan tugas pegurus jualan perlu ambil port mula-mula sekali.
Untuk pembelian kereta, pelanggan dikehendaki menandatangani Vehicle Sales Order (VSO), lengkap dengan harga kereta dan syarat dan terma boleh baca di bahagian belakang VSO. Biasa jurujual membantu mengisikan borang ini dan perlu pengesahan dari Pengurus cawangan.
Bila nak submit loan untuk pelanggan, jurujual perlu fax atau hantar salinan VSO ni dan nyatakan jumlah pinjaman yang diminta kepada pegawai bank yang bertugas. Tetapi zaman sekarang jurujual hanya perlu scan atau snap dokumen dan hantar melalui aplikasi whatsapp kerana ia sangat mudah dan lebih cepat. Proses ini memerlukan salinan kad pengenalan pelanggan, lesen memandu, slip gaji 3 bulan, penyata EPF dan sebagainya yang berkaitan.
Apabila pelanggan membayar duit tempahan atau deposit, jurujual perlu mengeluarkan resit rasmi bayaran.
Ok part seterusnya bila loan lulus, bank akan keluarkan LOU dan pelanggan kena menandatangani perjanjian sewa beli (HP) dan membayar baki dari harga kereta setelah ditolak dari jumlah pinjaman yang lulus. Resit rasmi perlu dikeluarkan setiap kali pelanggan membuat bayaran.
Jurujual pula seterusnya bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan puspakom dan JPJ untuk urusan pendaftaran. Pendaftaran hanya boleh dibuat jika K1 telah keluar. Sekali lagi pelanggan perlu tandatangan borang ini bagi tujuan pendaftaran no plat.
Ok kalau nak beli no plat kegemaran, lain pula dokumen yang pelanggan kena tandatangan. Yang ni tak payah ceritalah.
Ok bila nombor pendaftaran dah keluar, JPJ akan mengeluarkan geran dan roadtax. Invois rasmi perlu dikeluarkan dan diberi satu salinan pada pelanggan.
Untuk urusan delivery, pelanggan kena pastikan mereka mendapat invois rasmi, resit bayaran, salinan geran dan roadtax, dan cover note insurans. Supaya mudah nanti untuk reniew roadtax baru pada tahun pertama dan tahun seterusnya.
Eh ada lagi. Borang PDI jangan lupa checklist semua bahagian kereta sebelum deliver kepada pelanggan. Ada calar ke kemek ke, hon tak berfungsi ke dan sebagainya, jika ada perlu dinyatakan dalam borang PDI (Pre Deivery Inspection) dan borang ini perlu ditandatangani pelanggan dan jurujual. So nampak tak dokumen apa yang terlibat dalam urusan jual beli di atas?
Jurujual juga perlu menyimpan salinan semua borang, resit bagi tujuan database.
Jadi pengurusan penyimpanan dokumen ni penting supaya kita dapat merekod jumlah jualan, invois dan jumlah pelanggan kita.
Untuk monitor semua proses yang terlibat di atas, saya beri tips supaya anda mudah nak mengawal, monitor jualan anda agar lebih lancar. Apa lagi jika bulan tersebut anda mendapat lebih daripada 10 tempahan sebulan. Mesti pening kan nak mengurus…
Ini contoh template yang dahulu saya amalkan. Agak payah nak buka fail satu satu pelanggan dan menyemak dokumen apa yang masih pending, status pinjaman pelanggan dan sebagainya. Jadi saya rumuskan dalam satu template dan saya hanya perlu tanda sahaja proses mana yang dah siap untuk setiap pelanggan.
So anda boleh mula sekarang, buat dalam excel dan monitor saja dari hp anda. Mudah kan. Selamat maju jaya.
So anda sudah nampak tugas pengurus jualan kereta secara big picture. Boleh dicedok serba sedikit untuk di apply kepada perniagaan-perniagaan yang lain bergantung kepada situasi dan kreativiti anda.
Contoh SOP seperti di bawah:-
[social_media_link]