Pengurusan Mesyuarat Di Kedai Kopi Boleh Menjana Ratus Ribu Ringgit.

by admin
89 views

Pernah tak kita duduk lepak-lepak sambil bernetworking dan tiba-tiba sahabat kita melontarkan idea bisnes. Kita pun tertarik dengan idea tersebut, dalam hati kata boleh buat duit ni.

“Ok on projek ni. Jom buat meeting.” So kita pun tetapkan masa, tarikh dan tempat mesyuarat diadakan. Sampai hari mesyuaratnya barulah nak fikirkan dan bincang secara spontan apa yang kita fikir masa tu yang perlu dilontarkan. Mesyuarat punya mesyuarat dan tak sedar mesyuarat tu berlangsung hingga lewat malam. Perasan ke perasan benda ni mesti pernah terjadi pada anda apatah lagi anda baru bermula sebagai usahawan dan perlukan satu pasukan untuk bekerjasama menjayakan idea yang dicadangkan.

Semasa mesyuarat

Takda orang yang mencatitkan minit mesyuarat

Takda orang yang menetapkan agenda atau topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat

Tak menfailkan segala dokumen yang terlibat dalam mesyuarat

Dan kadang-kadang kita membincangkan perkara yang tidak perlu dalam mesyuarat dan ini antara penyebab mesyuarat itu berakhir lambat tanpa kita sedar.

Pernah kan?

Pengurusan Mesyuarat Di Kedai Kopi Boleh Menjana Ratus Ribu Ringgit. 7

Baiklah di sini saya nak kongsikan sedikit tips pengurusan mesyuarat yang berkesan dan efektif. Moga memberi panduan pada anda usahawan baru supaya anda boleh merancang dengan teliti dalam membuat keputusan untuk tarik rahmat daripada Allah.

Seperti dalam Surah Al-Imran ayat 159:-

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu dan apabila engkau telah berazam, maka bertakwalah kepada Allah.”

Pengurusan Mesyuarat Yang Efektif

Sebelum mesyuarat

  1. Tetapkan masa, tarikh dan tempat mesyuarat dan pastikan mesej ini disampaikan kepada ahli-ahli mesyuarat dengan jelas.
  2. Pilih seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan seorang ahli atau kerani untuk mencatat segala minit mesyuarat tersebut. Catitkan juga kehadiran ahli dan ahli yang tidak hadir.
  3. Senaraikan cadangan agenda mesyuarat. Agenda yang wajib, penting dan mengapa agenda ini perlu menjadi sebahagian daripada agenda mesyuarat.
  4. Susun agenda yang dicadangkan mengikut kepentingan
  • Penting dan segera
  • Penting tidak segera
  • Segera tidak penting
  • Tidak penting tidak segera

Ini bertujuan supaya masa yang diperuntukkan selama mesyuarat diadakan dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak membuang masa ahli-ahli mesyuarat yang terlibat. Nyatakan tempoh masa perbincangan bagi setiap agenda.

  1. Tetapkan seorang ketua bagi setiap agenda yang dicadangkan. Kenalpasti apakah topik-topik kecil pecahan daripada tajuk agenda ini yang mesti dibincangkan dalam mesyuarat.

Selepas mesyuarat

  1. Ahli atau kerani yang bertugas mencatatkan kesemua minit mesyuarat perlu menaip semula segala isi minit mesyuarat dan menfailkan minit mesyuarat tersebut.
  2. Pastikan catat senarai kehadiran dan juga senarai tindakan yang perlu dibuat dan siapa yang bertanggungjawab atas tindakan tersebut bagi mencapai objektif mesyuarat.
  3. Hantar salinan kepada semua ahli yang terlibat dalam mesyuarat. Paling mudah hantar melalui emel supaya ahli-ahli mesyuarat peka apakah yang telah dibincangkan dan apakah tindakan yang perlu dibuat hasil dari mesyuarat tersebut.
  4. Maklumkan semula kepada ahli-ahli mesyuarat tarikh, masa dan tempat untuk mesyuarat akan datang.

 

 

You may also like

Leave a Comment